berita

Media Prima Lancar Tabung Kemanusiaan, Bantu Golongan Terkesan & Lawan Penularan COVID-19

March 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara kita, Media Prima Berhad (Media Prima) mengambil inisiatif melancarkan kempen pengumpulan dana untuk Bantuan Kemanusiaan COVID-19.

Melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Media Prima-NSTP Humanitarian Fund), rakyat sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan dalam usaha melawan penularan wabak di Malaysia.

Marilah kita bersatu dalam melawan COVID-19

Selain itu, dana yang disumbangkan dapat digunakan untuk merawat pesakit-pesakit COVID-19 dan membantu mereka yang terkesan akibat virus ini. Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk (Dr) Syed Hussian Aljunid berkata,

Sebagai kumpulan media bersepadu yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bukan sahaja membantu mewujudkan kesedaran dan menyampaikan berita terkini yang tepat pada masanya, malahan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Kami akan menggunakan platform-platform media bagi mencapai demografi sosial yang luas serta merayu untuk bantuan ini. Kami tidak akan berhenti sehingga virus ini dapat dibendung. Marilah kita bersatu dalam melawan COVID-19.

Katanya lagi, sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk membeli kelengkapan perubatan yang kritikal dan keperluan lain bagi membantu usaha pemulihan pesakit dijangkiti wabak.

Bantuan Kemanusiaan COVID-19

Tambah beliau, Media Prima telahpun menghubungi hospital-hospital bagi menentukan keperluan segera dan kritikal yang diperlukan mereka. Media Prima juga akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkenaan untuk menyalurkan sumbangan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah sama-sama kita meringankan beban dan menyumbang ke tabung ini melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada:

Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (MAYBANK: 5141-0532-3170)

Para penderma boleh menyertakan slip transaksi dengan menyatakan COVID-19 kepada emel berikut untuk pengeluaran resit:

[email protected]

Selain itu, semua cek boleh dibayar (payable) kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund dengan menulis ‘COVID-19’ di belakang cek.

Sila alamatkan cek tersebut kepada:

Jabatan Komunikasi

Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad,

Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita,

31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sejak dilancarkan pada tahun 1991, Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP telah banyak membantu mereka yang memerlukan bantuan perubatan, bencana dan ekonomi. Tabung ini terus wujud kerana kemuliaan hati para individu yang bertanggungjawab di negara kita. Semoga dengan usaha ini, kita dapat membantu melawan penularan wabak.

The following two tabs change content below.