berita

Media Prima Lantik Tiga Individu Rancakkan Lagi Radio Di Bawah Jenama RIPPLE

May 31st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Media Prima Berhad menerusi satu kenyataan hari ini, mengumumkan pelantikan pengurusan kanan di platfom radionya RIPPLE iaitu Encik Nazri Noran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Aaron Pinto sebagai Ketua Pegawai Kandungan berkuatkuasa 1 Jun 2021.

Tidak berakhir di situ, bagi merancakkan lagi perniagaan RIPPLE, Media Prima Berhad turut melantik Datuk Jake Abdullah sebagai pakar runding kepada kumpulan berkenaan.

Berpengalaman lebih 20 tahun

Foto: Encik Nazri Noran

Encik Nazri Noran sebelum ini, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri hiburan dan berpengetahuan luas dalam bidang penyiaran radio. Beliau sebelum ini, bertugas sebagai Penolong Kanan Timbalan Presiden, Astro Radio bahagian Radio Melayu dan Tamil, di mana beliau mengetuai jenama-jenama radio ERA, Sinar, Gegar, ZAYAN dan Raaga.

Menerusi jawatan baru yang dipegangnya, beliau akan bertanggungjawab ke atas strategi dan operasi keseluruhan RIPPLE dalam mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai rangkaian radio yang popular.

Foto: Encik Aaron Pinto

Manakala, Encik Aaron mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam indsustri radio dan bertanggungjawab dalam mentransformasi jenama dan produk radio untuk menaikkan semula pertumbuhan jumlah pendengar dan perolehan. Sebelum menjawat jawatan sekarang beliau merupakan Ketua Kandungan, Astro Radio dan mengetuai strategi pembangunan kandungan dan bakat bagi 12 jenama Astro Radio.

Pada masa yang sama, beliau yang mengetuai pasukan Astro Radio dalam inisiatif transformasi digital yang melibatkan langkah penyusunan semula ekosistem keseluruhan kandungannya bagi membangunkan rangkaian produk-produk audio dan perkhidmatan untuk mengembangkan capaian digitalnya.

Pengarah Eksekutif Kumpulan, Media Prima, Encik Rafiq Razali berkata pihak syarikat amat mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga mereka ini dalam merancakkan lagi industri radio milik Media Prima Berhad.

Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Encik Nazri, Encik Aaron dan Datuk Jake sebagai pasukan RIPPLE. Pelantikan ketiga-tiga personaliti yang terkenal dalam industri penyiaran radio akan memacu kemajuan berdasarkan keutamaan strategik penting dan membantu transformasi operasi RIPPLE di dalam industri penyiaran radio yang semakin berkembang.

SKIP THIS AD ×