berita

Media Prima Omnia Perkenal #KitaMalaysia, Pakej Iklan Mampu Milik Untuk PKS Tempatan

July 15th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Sempena Hari Kebangsaan ke-64, Media Prima Omnia menawarkan pakej pengiklanan #KitaMalaysia kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempromosi produk serta perkhidmatan mereka.

Langkah ini bagi memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan yang terjejas dengan pandemik Covid-19 untuk bangkit kembali mempromosikan perniagaan mereka menerusi platform media terkemuka milik Media Prima.

Bantu usahawan PKS

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Sdn Bhd, Datuk Michael Chan berkata pakej #KitaMalaysia diwujudkan bagi membantu PKS mempromosi produk mereka secara berterusan kepada pelanggan.

Sebagai syarikat media terbesar di Malaysia, kami ingin membantu memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dalam dunia PKS menerusi jangkauan platform kami yang tiada tandingannya.

Pakej #KitaMalaysia direka bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan bagi menandakan semangat berjuang untuk kebebasan dan bertahan.

Selain membantu PKS, kempen ini juga menyediakan peluang buat syarikat gergasi dan agensi kerajaan menyertai Media Prima Omnia dalam menyokong serta memastikan usahawan di negara ini dapat mengembangkan perniagaan mereka.

Serendah RM5,000

Menerusi kempen #KitaMalaysia, Media Prima Omnia akan memberikan penampilan media bernilai RM1 juta kepada PKS yang membuat tempahan awal untuk mana-mana pakej yang tersedia daripada empat pakej #KitaMalaysia.

Antara pek ditawarkan ialah Pakej Permulaan bermula daripada RM5,000 yang membolehkan PKS mempromosi produk mereka di platform beli-belah dan e-dagang Media Prima bermula 16 Ogos hingga penghujung September.

Pakej Premium pula terbahagi kepada tiga pek berbeza berjumlah RM10,000, RM15,000 dan RM20,000 yang membolehkan perniagaan mereka dipromosi di platform Media Prima yang lebih meluas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej #KitaMalaysia ini , hubungi Media Prima Omnia di [email protected]

SKIP THIS AD ×