berita

Media Prima Umum Kerjasama Dengan Syarikat Media Global Ziff Davis, Kendali IGN Southeast Asia

August 7th, 2019 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Media Prima Digital, hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat media digital global Ziff Davis, yang merupakan sebahagian dari J2 Global, untuk mengendali operasi IGN Southeast Asia bagi penggemar hiburan dan permainan digital di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, IGN adalah jenama media terkenal di dunia dalam kalangan peminat permainan digital, filem dan hiburan, kini tersedia dalam 30 edisi antarabangsa, 26 bahasa dan meliputi 115 negara.

IGN capai audien global sebanyak 196 juta pengguna

Tambah Rafiq lagi, IGN telah berjaya mencapai audien global sebanyak 196 juta pengguna di seluruh laman web, video dan platform sosial (Google Analytics & platform metrik, purata bulanan pada Q1 2019). IGN merupakan satu daripada jenama media yang paling maju di dunia bukan sahaja dalam bidang hiburan, malahan dalam pelbagai kategori.

Profil globalnya (world.ign.com) menawarkan peluang unik untuk para pengiklan yang memberi skala dan perkaitan tempatan (local audience reach) dalam setiap pasaran utama di seluruh dunia.

Di samping itu, IGN Southeast Asia turut menyesuaikan formula IGN untuk audiens tempatan yang berminat untuk mendapatkan kandungan asli terbaharu. Selain itu, IGN mewujudkan platform unik untuk jenama melibatkan diri dengan pengguna melalui pengiklanan, penajaan dan juga acara tapak. IGN Southeast Asia juga akan membantu syarikat-syarikat di rantau ini untuk mencapai pelanggan merentasi dunia, melalui rangkaian global IGN.

Kerjasama baru untuk IGN Southeast Asia menyusuli perjanjian yang sama di antara anak syarikat Media Prima Berhad (Media Prima atau Kumpulan), REV Asia, dengan Ziff Davis pada tahun 2018 untuk Mashable Southeast Asia (sea.mashable.com), serta kerjasama berasingan di rantau Asia seperti IGN Japan dan IGN China, dan di seluruh dunia termasuk Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan India.

Media Prima jadi pilihan nombor satu

Kini, aset-aset digital utama Media Prima termasuk SAYS, OHBULAN!, Viralcham, BH Online, NST Online dan My Metro yang menyumbang kepada trafik keseluruhan Kumpulan sebanyak 14.2 juta pelawat unik bulanan.

Kami sangat teruja untuk terus memperkukuh kerjasama kami dengan Ziff Davis dengan kehadiran IGN Southeast Asia. Kami percaya bahawa kerjasama ini dapat membantu mempercepat kewujudan dan pendapatan digital Kumpulan di peringkat tempatan dan serantau, terutamanya dalam industri permainan digital merentasi pasaran utama lain di Asia Tenggara. Sebagai kumpulan media digital, kami sedar bahawa permainan dan e-sukan adalah masa depan dan kami akan menyokong dan mengembangkan industri tersebut di rantau ini.

Media Prima juga baru-baru ini menjadi pilihan nombor satu dalam kandungan mudah alih (mobile content). Melalui kerjasama baharu ini, Kumpulan berharap untuk memperluaskan jangkauannya merentasi rantau sambil meningkatkan pertumbuhan pendapatan digitalnya.

Semangat untuk mengembangkan kerjasama

Sementara itu, Adam Doree, Naib Presiden, Kerjasama Antarabangsa di Ziff Davi berkata, mereka bersemangat untuk mengembangkan kerjasama dengan Media Prima Digital.

Kami sangat bersemangat untuk mengembangkan kerjasama kami dengan Media Prima Digital yang merupakan salah satu daripada syarikat media digital utama di Asia Tenggara. Rantau ini menjadi tumpuan global bagi syarikat-syarikat hiburan dan permainan digital yang mencari pertumbuhan baru.

Katanya lagi, mereka percaya di bawah kepimpinan Media Prima, IGN Southeast Asia akan berada dalam kedudukan yang baik demi memenuhi keperluan pada pelanggan.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×