berita

Media Prima Ungguli Sumber Kandungan Paling Popular Negara

November 22nd, 2019 | by faris
Shout Out!

Media Prima Bhd. (Media Prima) kekal menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia bagi sumber kandungan paling popular bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Perkara itu dilaporkan Berita Harian, semalam.

Ketiga di belakang Facebook & Google

Berdasarkan data Comscore, Media Prima kekal mengungguli kandungan mudah alih Malaysia dan merupakan prestasi pengguna digital ketiga tertinggi selepas gergasi Google dan Facebook.

Tambah kumpulan ini lagi, portal berita Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) turut mencatatkan jumlah pelawat tertinggi. Portal Harian Metro merekodkan pelawat unik (unique visitor) tertinggi di Malaysia bagi suku ketiga 2019.

myMetro pula menerima 13.6 juta pelawat unik daripada Julai hingga September 2019, manakala BH Online dilawati 12.489 juta dan NST Online 5.882 juta pelawat unik dalam tempoh perbandingan yang sama.

Memacu fasa transformasi

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata prestasi kumpulan secara keseluruhannya menghadapi cabaran terutamanya penurunan dalam pendapatan pengiklanan tradisional dan pengedaran.

Tambahnya, pendapatan pengiklanan tradisional dan pengedaran masing-masing menurun sebanyak 15 peratus dan 21 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Secara keseluruhan perbelanjaan berhati-hati menyumbang kepada penurunan pendapatan kepada segmen perniagaan kumpulan.

Menuju kepada bulan terakhir 2019, kami akan memacu ke fasa transformasi seterusnya untuk menyesuaikan perniagaan kami dengan perubahan pantas yang berlaku dalam sektor media.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×