Media sosial pempengaruh, Ameera Khan, diserang warganet dari Indonesia yang dipercayai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hantaran terbaharunya berkaitan perlawanan melibatkan kekasihnya, Jefri Nichol dengan El Rumi dalam perlawanan Superstar Knockout.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Masak Mi Segera Buat Jefri Nichol, Netizen Puji Nampak Sedap – ‘Dari Dulu Ikut Resepi LMK’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Dipuji ‘Humbe’, Bawa Jefri Nichol Makan Kedai Tepi Jalan – ‘From Enak Banget To Sedak Dooh’

‘Real man’

Reaksi negatif itu tercetus selepas adik kepada selebriti, Neelofa itu didakwa memuat naik hantaran yang menyindir pihak lawan.

Dalam hantaran itu, Ameera menyatakan rasa bangga terhadap Jefri walaupun kekasihnya tewas dalam masa 38 saat selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh El Rumi.

Always our winner. A real man. (Not a (emoji anak kucing).

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet Indonesia yang beranggapan bahawa Ameera seolah-olah memperlekehkan pihak lawan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dari Indonesia mendakwa Ameera bertindak sedemikian kerana tidak boleh menerima kekalahan Jefri.

Sumber: Instagram