Pelakon Meerqeen teruja apabila wajahnya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX bermula hari ini (15 Mac).
Cipta sejarah
Buat pertama kalinya, Meerqeen menjadi duta bagi jenama pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive. Jenama tempatan itu mencipta rekod dan sejarah pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.
Menurut pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan bersama.
Katanya, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.
Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.
Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.
Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa.
Selain Meerqeen, iklan raya itu turut memaparkan wajah wakilan artis berpengaruh dan popular seperti Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot. Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.
Puji usaha & semangat
Dalam pada itu, El Azman menyatakan projek mega iklan ini juga menyatukan dirinya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED.
Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.
Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia.
Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, Brunei (2) dan Indonesia (2). Secara keseluruhan juga kita mempunyai lebih 10,000 ejen di seluruh negara.
Dijual dari serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu), jenama berdaftar di bawah Elrah Trading Sdn Bhd ini meneruskan survival hingga kini.
Saya sasarkan tahun ini dapat menjana keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.
Saya juga harap pengedar lain dapat mencontohi semangat SASS SYED yang berdaya saing dan berani melaburkan duit untuk menaikkan jenama ini walaupun hanya sekadar ejen.