
Pelakon Meerqeen mendedahkan dirinya kini dalam fasa berehat daripada menjalani penggambaran bagi membuat persiapan menjayakan sebuah filem terbaharu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Jadi ‘Hyper’, Teruja Dapat Jumpa Meerqeen – ‘Handsomenya Ciptaan Tuhan’
Artikel Berkaitan: Meerqeen Nafi Wujud Cinta Lokasi Dengan Qasrina Karim
Perlukan masa

Ketika ditemui OhBulan!, Meerqeen atau nama lengkap Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, berkata, dia memerlukan masa untuk menyelami sesebuah watak baru.
Ujarnya lanjut, projek filem aksi yang bakal bermula penggambaran tahun depan ini merupakan sebuah dimensi baru buatnya sepanjang menapak nama dalam industri seni.
Kalau orang tengok saya senyap, bukan bermakna saya tak buat apa-apa. Saya sedang buat persiapan untuk projek seterusnya.
Kali ini bukan saja tumpu pada fizikal tapi juga menghayati karakter dengan lebih dalam.
Saya cuba dimensi baru yang belum pernah saya bawa sebelum ini.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Klepet yang berlangsung di TGV KLCC, baru-baru ini.
Tempoh rehat diisi dengan latihan

Berkongsi lebih lanjut, Meerqeen mengambil masa selama sembilan bulan yang dipenuhi dengan latihan dan persiapan rapi bagi memenuhi kehendak watak untuk naskhah barunya.
Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan mula bercuti September lalu hingga Mei depan.
Namun cuti ini bukan hanya duduk diam.
Saya gunakan masa ini untuk membuat persiapan fizikal dan mental kerana penggambaran akan bermula tahun depan.
Bagaimanapun, Meerqeen memilih untuk tidak berkongsi lanjut secara umum namun memberi petunjuk bahawa ianya merupakan projek terbesar buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
Untuk makluman,Meerqeen turut tercalon bagi kategori Selebriti Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.
Selain Meerqeen, antara selebriti yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Nadeera, Aina Abdul, Amira Othman dan ramai lagi.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.








