berita

Mejar David Teo Kini Cuba Menyanyi. Hasilnya Agak Mengecewakan.

July 4th, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-07-04 at 1.27.14 PM

Pengarah ini memang memiliki passion yang tinggi dalam dunia hiburan dan boleh dinobatkan sebagai pengarah paling banyak menerbitkan filem Melayu. Malah, daripada bidang perfileman, kini pengarah itu sudah mula berjinak dunia nyanyian pula.

Terkini, video muzik lagu berjudul ‘Kacang’ yang dinyanyikan bersama Cat Farish, Fida Ibrahim dan Zarul telah menjadi viral di laman sosial.

Namun, selain menerima kritikan orang ramai, video tersebut turut dijadikan bahan jenaka. Apa yang tak kena dengan lagu tersebut agaknya ya?

Screen Shot 2014-07-04 at 1.31.35 PM

Mejar David patut kekal bergelar sebagai seorang pengarah. Itu adalah antara komen-komen yang diutarakan oleh orang ramai mengenai lagu tersebut.

Pada kami, apa yang diperkatakan itu ada juga asasnya kerana Mejar David nampak kaku dan pelik, lebih-lebih lagi apabila dia dilihat menyanyi rap sambil menari.

Tapi, tak mengapa. Bak kata orang, yang penting effort tu ada. Sekurang-kurangnya dia berani mencuba sesuatu yang baru kan?

Namun, bila dihayati sememangnya lirik lagu tersebut sangat ‘deep‘, seolah-olah menyindir seseorang. Bagaimanapun, Mejar David awal-awal lagi telah menafikan lirik lagu tersebut ditujukan kepada sesiapa.

Nak tahu apa macam mana Mejar David nyanyi rap? Nah, kami sediakan link khas untuk anda.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)