
Pempengaruh media sosial, Mek Yun mendedahkan salah satu hasrat terbesarnya dalam hidup adalah dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dah memahami.
Artikel Berkaitan: Mek Yun Nafi Rangkul Lengan Adrian Mr POV, Tegas Sentiasa Jaga Batas – ‘Korang Jangan Simply Guna AI’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Dedah Wajah Lelaki ‘Misteri’, Netizen Restu Hubungan Dengan AdrianMrPov – ‘Cuba Kahwin, Kami Support’
Mek Yun doa dapat mentua baik

Menerusi hantaran di Threads, Mek Yun atau nama lengkapnya Wee Yun Nee berkata dia sentiasa berdoa agar bakal ibu mentuanya kelak mampu menyayangi dan melayaninya seperti darah daging sendiri.
Korang tahu tak…one of my dreams in life, Mekyun selalu doa sangat supaya my future mother-in-law nanti baik, rapat dengan Mekyun dan layan Mekyun macam anak sendiri.
Jelas Mek Yun lagi, dia sering terfikir tentang kemungkinan suatu hari nanti diuji dengan kehilangan ibunya, maka dia berharap agar bakal ibu mentuanya itu akan menjadi tempat berkongsi kasih.
Sebab jauh dalam hati, Mekyun selalu terfikir… kalau satu hari nanti Mok dah tak ada dalam dunia ni, she will be the one yang Mekyun boleh sandarkan rasa tu
Macam seorang mak juga. Tempat Mekyun masih boleh rasa kasih sayang seorang ibu.
Susulan perkongsian tersebut, ruangan komen Mek Yun dibanjiri dengan doa serta kata-kata positif daripada netizen yang mendoakan agar impiannya itu dimakbulkan dan dipertemukan dengan insan yang penyayang seperti yang diharapkan.
Sumber: Threads Mek Yun








