Jika semalam Zizan telah memberi penjelasan mengenai isu didakwa bercumbuan dengan Emma Maembong, hari ini melalui Kosmo!, pelakon jelita itu pula tampil memberikan kenyataan berkenaan gosip yang sedang hangat diperkatakan itu.
Artikel Berkaitan : Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma
Emma Maembong atau nama sebenarnya Che Fatimah Rohani Ismail menyatakan perasaan kecewa dan tertekan atas tuduhan tersebut serta menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.
“Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.”
Foto Emma ketika bercuti di Amerika Syarikat baru-baru ini
Namun, Emma tidak menafikan ada ketikanya dia tertidur di bahu Zizan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Los Angeles yang memakan masa 12 jam itu.
“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.”
Melalui laporan yang sama juga, Emma turut menambah bahawa cerita yang sedemikian boleh memburukkan namanya dan nama Zizan serta mengaibkan keluarga. Walaubagaimanapun, Emma sudah memberikan penjelasan kepada keluarganya dan mereka memahami situasi yang dihadapi oleh Emma.
“Begitu juga Zizan, apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dia memang terkejut. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan menceritakan perkara sebenar.”