berita

Melampau! Usahawan Kosmetik Buat Hal Lagi, Kali Ini Siap ‘Belanja’ Remaja Bawah Umur

June 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Belum reda isu aksi ghairah ketika ‘live’ di media sosial, usahawan kosmetik sekali ini mencetus kemarahan orang ramai apabila kali ini ‘mengundang’ remaja bawah umur menyertai sesi ‘live’.

Lebih menjijikkkan, usahawan kosmetik bersama rakannya itu menari liar sambil menggoyangkan badan di hadapan remaja tersebut sambil disaksikan ribuan pengikutnya di media sosial.

Budak lelaki bawah umur join live ‘menari’ sakan

Menerusi perkongsian Akhi Fairuz di Facebook, kelihatan dua orang budak lelaki bawah umur telah memasuki Instagram live bersama dua orang lelaki yang berpakaian seperti wanita dan salah seorang daripadanya merupakan seorang usahawan kosmetik terkenal.

Apa yang mengundangkan kemarahan netizen ialah difahamkan remaja berkenaan baru berumur 14 dan 15 tahun dan mereka berdua masih lagi berada di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Mereka dikatakan telah memasuki live berkenaan pada sekitar jam 1. 50 pagi ketika orang sedang nyenyak tidur.

Walau bagaimanapun, Akhi Fairuz turut membangkitkan beberapa perkara terhadap isu berkenaan antara pemantauan yang kurang daripada ibu bapa kedua remaja lelaki berkenaan yang mungkin tidak perasan anak mereka join live tersebut pada pukul 1.50 pagi.

Jelasnya lagi, dia memahami bahawa remaja berkenaan sedang meningkat usia remajanya tetapi mendidik serta menasihati itu merupakan tanggungjawab ibu bapa. Dia juga berharap agar ibu bapa memantau anak-anak mereka serta menghadkan penjadualan penggunaan gajet dan ada tindakan daripada pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan agar kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Terdahulu, PU Syed menerusi satu hantaran di Instagram menyeru pihak berkuasa mengenakan tindakan yang tegas terhadap usahawan kosmetik tersebut yang dilihat sengaja mencabar kesucian Agama Islam dengan mempamerkan payudara ketika live.

Sumber : Akhi Fairuz & _pusyed

SKIP THIS AD ×