berita

Melia Aimiellia Tolak Tawaran Bersama VVIP

November 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kehidupan sempurna merupakan idaman setiap wanita lebih-lebih lagi pada usia remaja. Namun bagi Aimiellia, dia tahu tak semua benda di dalam dunia ini sempurna. Ketika ditemubual, rias wajah dan perwatakan yang dipamerkan jelas menunjukkan dia matang daripada usia sebenar. Selepas kontroversi gambar bogel yang membangkitkan namanya, dia kini dilihat lebih berhati tatkala bertutur ketika ditemubual.

Aimiellia atau nama sebenarnya Melia Aimiellia memberitahu bahawa beberapa ahli korporat yang berkawan denganya mengajak untuk bercinta, namun ditolak dengan baik olehnya.

 “Ada orang-orang atasan ajak saya bercinta, tapi apa maknanya bercinta sekiranya orang atasan itu sendiri sudahpun mempunyai isteri dan anak dirumah, ada kerjaya yang bagus, ada nama yang teguh.”

Bagi Aimiellia, dia tahu membezakan baik buruk apabila bercinta dengan kekasih orang lebih-lebih lagi suami orang. Pasti kontroversi itu akan memburukkan lagi namanya. Namun, tatkala menyoal bab jodoh, dia tersenyum manis dan menyatakan mahukan lelaki seperti Perdana Menteri.

 “Lelaki yang berumur 23 tahun ini, semua masih simpan koleksi robot, sukakan enjoy. Bagi saya, saya lagi suka lelaki yang berwawasan, berkarisma dan sweet tak kira usia seperti Perdana Menteri kita”

Penjelasan ciri-ciri lelaki yang diminati itu tak bermakna dia seorang yang mementingkan status seseorang apabila berkawan. Bagi Aimiellia, tak semestinya seseorang itu mempunyai status yang tinggi, baru dia nak berkawan.

 “Tak kiralah dia suami orang ke, duda ke, ahli korporat ke, orang biasa ke semua saya berkawan. Apa yang saya cuba tanamkan, saya sekarang lebih menumpukan kepada bidang kerjaya daripada bercinta.”

Taja ditaja, sekarang tak asing lagi dalam dunia hiburan. Lagi-lagi kalau si cantik berdahi licin ini, pasti menjadi rebutan ahli korporat diluar sana. Namun, Aimiellia menegaskan bahawa dia tak ditaja oleh sesiapa malah segala kerja yang dilakukan adalah hasil titik peluhnya sendiri.

“Kalau saya ni ditaja, saya tak kan duduk rumah apartment biasa dan saya takkan mintak ibu bapa saya atau ambil kenderaan awam untuk pergi bekerja, baik saya duduk rumah banglo goyang kaki tau-tau duit masuk”, ujar Aimiellia ketika ditemubual.

SKIP THIS AD ×