berita

Melly Goeslaw Harap ‘Jika’ Naufal & Nuha Bahrin Pecah Rekod Industri Muzik

October 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nuha Bahrin dan Naufal Azrin berjaya mencuri perhatian penyanyi dan penulis lirik terkenal Indonesia, Melly Goeslaw kerana memberi nafas baru terhadap lagu ‘Jika’, nyanyian asal Melly dan Ari Lasso.

Versi terbaik

Di Instagram, Melly menitipkan harapan agar ‘Jika’ versi terbaharu itu akan memecahkan rekod dalam sejarah industri muzik.

Terima kasih kerana memainkan versi hebat dari lagu saya. Saya harap ‘Jika’ versi anda akan memecahkan rekod dalam sejarah industri muzik.

Bukan itu sahaja, Melly sempat memberikan ucapan terima kasih kepada semua peminat dan pengkarya di Malaysia kerana mengagumi lagu-lagunya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen di Malaysia dan Indonesia memberi pujian buat Nuha dan Naufal kerana berjaya membawa kelainan ketika cover lagu ‘Jika.

Video

Setakat ini, video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 391 ribu dan 27 ribu tanda suka. Terdahulu, lagu ‘Casablanca’ nyanyian Nuha dan Naufal turut mendapat sambutan daripada ramai pihak.

Sumber: Melly Goeslaw

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×