Melodi kini melangkah ke tahap lebih tinggi selepas hampir tiga dekad bersiaran setiap Ahad pada pukul 12:30 tengah hari.
Bermula Disember ini, Melodi menyajikan kejutan yang sensasi buat penonton!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Nafi Rumah Tangga Sedang Bergolak – ‘Dari Mana Datangnya Dakwaan Itu?’
Artikel Berkaitan: Buah Pinggang Ebby Yus Rosak, Perlu RM5k Sebulan Untuk Sewa Mesin Dialisis – ‘Tak Ada Jalan Lain Melainkan Ada Penderma’
Bersedia setiap malam Khamis!
Lebih menghangatkan lagi, Melodi bakal bersiaran bersama hos tetap, Ain Edruce yang akan menyampaikan berita-berita sensasi dan gosip terkini. Gabungan dinamik Ain Edruce bersama artis jemputan setiap minggu akan mencipta suasana yang penuh keseronokan dan kejutan, menjadikan setiap cerita lebih menarik dan lebih panas.
Setiap segmen pasti menghidupkan dunia hiburan serta memberi impak besar kepada penonton yang tidak boleh dilepaskan.
Berikutan itu, ia bukan sekadar perubahan waktu tayangan, namun ini adalah suatu transformasi total yang akan merubah keseluruhan rancangan. Dengan segmen-segmen yang luar biasa dan penuh debaran, Melodi bakal memikat hati penonton dan meluaskan pengaruhnya dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dengan gabungan gosip yang panas, penceritaan yang penuh emosi, dan naratif yang penuh impak akan membawa Melodi ke tahap yang lebih tinggi, mencipta definisi baharu dalam dunia hiburan.
Melodi menawarkan sehingga 20 segmen menarik yang berbeza, antaranya adalah:
- Sensasi
- Panas
- Kontroversi
- Eksklusif
- Selidik
- Sekilas
- Filem
- Aduan
- Gosip
- Tergempar
- Prihatin
- Betul Ke?
- Sila Jawab Kes
- Takziah
- Konsert
- Tahniah
- Potensi
- Nostalgia
- Usik-usik
Setiap segmen memastikan penonton sentiasa terhibur dan mengikuti berita-berita terkini sama ada hiburan, sukan atau budaya.
Jangan ketinggalan untuk saksikan berita sensasi dan gosip terkini bersama Melodi di TV3 mulai 5 Disember ini, setiap malam Khamis, jam 9.00 malam. Bagi yang terlepas, anda boleh menonton siaran ulangan atau strim melalui Tonton.
Layari laman sosial Facebook, aplikasi X, Youtube dan Instagram dan TikTok Melodi untuk sebarang info terkini! Selain itu, anda juga boleh mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda dengan melayari laman sosial Facebook, aplikasi X, YouTube dan Instagram TV3 dan Instagram rasmi Drama Sangat.