berita

Melur Menangis, Campak Cincin Kat Firdaus! Kenapa? Nak Tahu, Jangan Miss Mocha Kau Bahagia 2!

October 22nd, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Siapa tengok Mocha Kau Bahagia musim pertama dulu? Korang ingat tak betapa susah si Firdaus nak confess dan ajak Melur couple. Sekarang bila dah couple, macam-macam halangan lah pulak yang datang!

Korang dah sedia nak tahu sambungan kisah cinta dua barista McCafé ni dalam Mocha Kau Bahagia 2? Dengar cerita, drama arahan Shahrulezad Mohameddin kali ni lebih menarik dan dramatik! Ada pulak barisan pelakon hebat macam Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Syafie Naswip dan Eyra Hazali, dengan kemunculan istimewa Fatimah Abu Bakar dan Vanidah Imran, confirm layan beb!

Slow lah Firdaus ni, sampai Melur fed-up!

Haa..dalam Mocha Kau Bahagia 2 episode 1 ni, awal-awal episode pun dah banyak konflik! Lepas 3 tahun bercinta, Melur terus desak Firdaus untuk kahwin tapi, si Firdaus ni susah sangat nak luah sesuatu sampai naik fed-up Melur! Asyik tukar topik je.

Tak habis-habis bergaduh je! Last-last bila dapat tahu Melur dah kena pinang, barulah panik dan pikir apa nak buat. Kalau lambat, memang melepas lah Firdaus!

Kisah si Azlan lain pulak, asyiklah perhatikan seorang perempuan ni sampai dia perasan. Apa isitimewanya Erin sampai Azlan nak berkawan, tapi malu nak tegur! Ish..ish..ish..

Confirm cara Firdaus propose Melur jadi trend lepas ni!

Kalau korang rasa episode 1 pun dah banyak drama, episode 2 ni lagilah banyak konflik. Korang tahu tak, lelaki yang pinang Melur tu datang ke McCafé dan terus nak melamar Melur depan-depan! Gila lah..Boleh pulak masa tu Firdaus nampak Remy tengah bagi cincin kat Melur!

Memang terkejut beruk dan gelabah la Firdaus. Nasib baiklah Melur reject si Remy tu. Lepas tu, Melur pun jumpalah dengan Firdaus dalam kereta. Part ni korang memang tak boleh skip..

Firdaus terus propose guna cawan McCafé dengan letak cincin bawah cawan tu. Melur pun apa lagi, terus cairlah dan says yes! Gilalah sweet si Firdaus ni! Kalau admin, dah melompat dah tu!

Lepas ni, confirm cara Firdaus propose Melur ni jadi trend. Korang kalau boyfriend korang tiba-tiba je hulur cawan McCafé tu, jangan lupa check bawah cawan tu, kot-kot ada cincin ke! Goodluck!

Jadi kahwin ke tak diorang ni. Asyik gaduh je!

Haa..ingatkan dah bahagia la si Melur dengan Firdaus ni. Rupa-rupanya banyak lagi konflik yang akan jadi, sampai si Melur bagi penamparlah kat Firdaus! Dah lah, kena penampar, Melur siap baling cincin lagi!

Yang si Azlan pulak sampai mengamuk-ngamuk sebab Erin tak respon kat dia. Rupa-rupanya bila dia dapat tahu keadaan sebenar Erin, barulah dia rasa bersalah..

Admin malas nak cakap banyak, senang cerita korang tengok je sendiri trailer ni. Makin lama, drama ni makin menarik dan korang takkan dapat expect apa yang jadi seterusnya.

Agak-agak korang lah kan, kisah cinta Firdaus dan Melur ni berakhir dengan bahagia ataupun air mata? Admin pun dah tak sabar nak tunggu episode seterusnya dan tahu apa kesudahannya ni. Memang taknak miss tengok langsung!

So, lepas ni setiap Isnin dan Selasa, jam 9.50 malam, korang dah kena standby depan tv dan tengok semua episode Mocha Kau Bahagia 2 di TV3 tau!

Nak lebih feel, sambil tengok, sambil minum secawan McCafé mocha, lagi best!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan tengok banyak lagi gambar serta video di sebalik tabir Mocha Kau Bahagia 2, korang boleh download apps McDonald’s di Apps Store dan Google Play!

Sama-sama kita tonton Mocha Kau Bahagia 2 okay!