Jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan mempunyai kesan kecederaan sebagaimana yang telah tersebar di media sosial.

Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: ‘Che Ta Berani Bersuara, Tuntut Keadilan Secara Terbuka’

Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina

Terdapat kesan kecederaan

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan sendiri oleh peguam keluarga Allahyarham iaitu Shahlan Jufri.

Menurut Shahlan, pengesahan tersebut dibuat berdasarkan pemerhatiannya sendiri ketika berada di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) sepanjang proses bedah siasat dijalankan.

Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.

Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan.

Difahamkan juga, Shahlan berada di bilik tersebut selama lapan jam tanpa mengambil sebarang makanan atau minuman bagi meneliti setiap prosedur yang dilakukan oleh pasukan forensik.

Proses itu saya berpuas hati kerana tidak ada campur tangan mana-mana pihak, hanya mereka yang terlibat sahaja.

Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar.


Pada Sabtu lalu, kubur Zara Qairina digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan terhadap jasad remaja berusia 13 tahun berkenaan.

Pada 31 Julai lalu, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Sumber: Sinar Harian