berita

‘Memang Benar Anak & Menantu Saya Ditahan’ – Mukhriz Mahathir

August 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang anak VVIP negara telah ditahan di sebuah pusat hiburan dan dikenakan kompauan sebanyak RM1,000 kerana melanggar perintah PKPP. Mereka dipercayai ditahan di sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail.

Artikel Berkaitan : Dipercayai Mabuk, Anak VIP Antara Yang Ditahan Dalam Serbuan Di Sebuah Pub

Terbaru, Datuk Seri Muhkriz Mahathir telah mengakui bahawa anak dan menantunya merupakan individu yang ditahan pihak berkuasa pada malam Sabtu tempoh hari.

Memang anak dan menantu saya

Memang benar anak dan menantu saya dibawa ke balai (polis) bersama dengan 27 orang yang lain atas kesalahan melanggar ‘curfew’ PKPP. Mengikut undang-undang berkaitan mereka semua dikompaun RM1,000 dan semua sudah bayar (kompaun) termasuk anak dan menantu saya.

Menurut Mukhriz, anak dan menantunya wajar dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini, memanglah rasa kecewa (tetapi) perlanggaran itu tetap berlaku. Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun yang dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walau bagaimanapun, Mukhriz mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada PDRM yang tegas dan mengambil tindakan secara adil dan saksama dalam pematuhan PKPP tanpa berlaku pilih kasih kepada mana-mana pihak.

Deactive akaun

Dalam pada itu, akaun media sosial Ally Mukhriz turut  dinyah aktifkan selepas menerima kritikan dari netizen di media sosial.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×