berita

‘Memang Berat Ke Tudung Tu Nak Tutup Rambut?’ – Janna Nick Balas Teguran Netizen

April 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Janna Nick antara salah seorang selebriti yang kerap kongsi aktiviti hariannya di media sosial. Sehingga apa yang dilakukannya pernah mengundang kecaman netizen. Terbaru, pengacara Melodi ini memuatnaik video menyaksikan seorang ustazah bertaranum dan apa yang jadi perhatian netizen pula adalah cara pemakaian tudungnya.

Janna Nick sekali lagi lantang ‘sound’ teguran dari pengikut di Instagramnya itu.

Video bacaan taranum

https://www.instagram.com/p/BwWctgcnqqY/

Video ini menyaksikan Janna Nick bersama Ustazah Hajah Asina memperdengarkan bacaan taranum Al-Quran. Bagaimanapun, imej tudung yang dikenakan pelakon ini pula dikritik netizen dan menegur Janna Nick untuk menutup sepenuhnya rambut dengan tudung tersebut.

Memang berat ke tudung nak tutup rambut?

Bagaimanapun, Janna Nick tampil lantang memberi respon terhadap teguran tersebut. Dia turut menyifatkan agar netizen perlu memahami tujuan asal video ini dikongsi.

Benda simple takkan nak melawan

Bagaimanapun, individu tersebut sekali lagi kelihatan membalas respon Janna Nick dan mengharapkan pelakon itu akan mengenakan hijab sepenuhnya di masa akan datang.

Sumber: Janna Nick

SKIP THIS AD ×