berita

Memang Idea Luar Kotak! Sambut ‘Anniversary’ Dengan Gimik ‘Salun Dijalanan’, Sempena Hari Malaysia

September 16th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

SALUN JALANAN 3

Demonstrasi ‘salun dijalanan’ yang diadakan di tengah-tengah laluan sesak lampu isyarat Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis telah mencuri perhatian warga kota yang kebetulan berada di lokasi sama.

Artikel Berkaitan: Erna Elliyana Desak ‘Influencer’ Tarik Balik Kenyataan Fitnah, Henti ‘Hentam’ Kamya Fest

Gunting rambut sambil kibar bendera

salun jalanan

Menurut pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan, aktiviti itu dijalankan bersempena ulang tahun pertama salun rambut, ChezKamya Professional.

Warga kota bukan sahaja teruja melihat ketangkasan Chez Hamdan beraksi dramatik menggunting rambut sepantas kilat, lebih bermaka demonstrasi itu juga membawa mesej kecintaan pada negara sempena merayakan Sambutan Hari Malaysia 2023.

Demonstrasi ini mengetengahkan konsep ‘selangkah’ ataupun ‘near-to-them.’ Sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya, kami memilih aktiviti keluar bertemu pelanggan dan pengguna dijalanan. Biasanya pelanggan yang datang ke salun.

Titik pertemuan bermula di restoran Daigor Sungei Wang dan berakhir di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Orang ramai diberikan produk serta baucer secara percuma, selain berpeluang meramkamkan momen photodump di bandar Kuala Lumpur.

Kami juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyatakan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang berarak. Ia simbolik kepada meraikan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Berpengalaman 17 tahun di dalam industri dandanan rambut, Chez Hamdan antara pengusaha salun bumiputera yang kekal relevan kerana prestasi baik dalam kalangan pelanggan.

Sentiasa menyajikan perkhidmatan terkini, jenama ChezKamya cukup dikenali sebagai trendsetter terutamanya kepakaran mewarna rambut serta potongan unik, sehingga menjadi pilihan VVIP dan selebriti tempatan.

Sempena 1 tahun ChezKamya, kami menambah nilai perkhidmatan di salun, dengan memperkenalkan pasukan barber untuk menarik lebih ramai pelanggan lelaki serta segmen kecantikan, manicure dan pedicure buat golongan wanita.

Paling penting kadar harga dikenakan sangat berpatutan meskipun servis taraf kayangan. Anda boleh rasai sendiri vibes 5 bintang dengan berkunjung ke salun.

Cantik itu kamu!

Kamya

Sementara itu, selebriti yang juga usahawan terkenal, Erna Elliyana Rosli selaku rakan kongsi ChezKamya mengakui bangga dengan pencapaian yang dikecapi.

Saya dan Chez Hamdan telah lama bersahabat baik dan ketika negara sedang dalam pemulihan dari wabak Covid 19, kami memikirkan bagaimana kita saling dapat membantu untuk merancakkan semula perniagaan masing-masing.

Sebagai seorang business woman niat utama saya untuk bersama dengan peniaga-peniaga Islam yang berpotensi besar, kerana percaya kebersamaan dapat memacu perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus memperbaiki ekonomi pengusaha-pengusaha Islam.

Ternyata gabungan Chez dan Kamya saling melengkapi dan pelanggan melihat kami sebagai one stop centre khususnya bagi mereka yang menitikberatkan kecantikan dalaman serta luaran. Sebagaimana tagline sering saya laungkan cantik itu kamu!

Tawaran istimewa sempena ulang tahun pertama ChezKamya, pelbagai promosi menarik menanti pelanggan. Antaranya peluang mewarna rambut serendah RM50, promosi khas untuk abang rider hanya RM20 (potong rambut dengan barber). Termasuk diskaun 50% untuk sesi manicure dan pedicure kepada semua pelanggan yang mendandan rambut di salun ChezKamya.

Salun jalanan

SKIP THIS AD ×