berita

Memang Pecah Perut Bila Tonton Gelagat Adnan Sempit Di Thailand!

August 6th, 2014 | by Noraniza
Filem Tempatan

IMG_0816

Anda mahu mengisi masa lapang dengan cerita komedi yang santai dan bersahaja? Ha.. anda bertuah kerana pada 7 Ogos ini sekuel baru Adnan Sempit bakal ditayangkan!

Berjudul Adnan Sempit Sawadikap, nampaknya pelakon bagi watak-watak dalam cerita ini dikekalkan iaitu Shaheizy Sam sebagai Adnan, Along Cham sebagai Bobby, Intan Ladyana sebagai Nadia dan Yana Shamsudin sebagai Wawa.

Menariknya, kali ini kisah Adnan Sempit berkisarkan tentang perjalanannya bersama Bobby ke negara gajah putih atas urusan perniagaan. Aik? Nadia dengan Wawa tak ikut ke?

IMG_3191

Wawa dan Nadia macam ada plan lain je ni?

Di situlah sebenarnya terdapat twist dalam cerita ini. Kalau nak tahu kenapa Nadia dengan Wawa tak mengikuti mereka ke Thailand, kenalah tengok movie ini ya!

Apa yang lebih menarik, dalam Adnan Sempit Sawadikap, lebih banyak aksi pertarungan dipertontonkan. Walaupun pada dasarnya, Adnan bukanlah pandai berlawan sangat pun! Hehe.

IMG_3372

Antara aksi panik dalam Adnan Sempit Sawadikap

Selain itu, kisah ini sudah semestinya dilambakkan dengan dialog mencuit hati daripada Adnan dan Bobby. Mana taknya, Bobby asyik nak melencong ke rumah urut je!

Namun, bagi penulis, watak Nadia dan Wawa dilihat terlalu kecil dalam sekuel ini berbanding dengan filem-filem terdahulu. Dah jadi macam pelakon extra pula wataknya.

IMG_4184

Adnan dan Bobby dengan bayi masing-masing. Comel!

Bersesuaian dengan genre komedi, filem ini dilihat mampu memikat hati segenap lapisan masyarakat yang ingin menonton something light bersama keluarga di hujung minggu. Nah, kami sediakan teaser filem ini untuk tatapan anda!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×