berita

‘Memang Salah Saya, Saya Jahil’ – Fauzi Nawawi Mohon Maaf, Tiada Niat Nak Malukan Raja Farah

October 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini tular di media sosial rakaman video sebuah program bual bicara yang menjemput Fauzi Nawawi sebagai salah seorang tetamu. Menerusi program tersebut, Fauzi Nawawi menceritakan mengenai salah satu babak lakonannya bersama seorang wanita di dalam sebuah filem.

Artikel berkaitan : Viral Pelakon Kongsi Pengalaman Babak Rogol, Suami Raja Farah Anggap Ianya Memalukan – ‘Itu Tentang Aib & Kehormatan Wanita’

Namun begitu, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf terhadap Raja Farah, suami dan keluarganya mengenai video yang tular berkenaan.

Fauzi Nawawi tampil mohon maaf

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fauzi Nawawi di Instagram, dia tampil memohon maaf kepada mereka yang terkesan akibat video berkenaan. Jelasnya program tersebut sudah lama ditayangkan namun kembali menjadi perhatian setelah ditularkan netizen.

Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Program tu dah ditayangkan lama sebenarnya. Tapi apa yang saya nak cakap kat sini saya nak memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.

Ujarnya lagi, video permohonan maaf dibuat agak lambat kerana dia baru sahaja pulang dari set penggambaran dan tidak mahu diganggu ketika sedang bekerja.

Kebetulan tengah shooting babak berat, jadi saya lupakan dan tutup semua telefon sebab tak nak mengganggu fikiran saya.

Saya pun tak tahu apa perkara sebenarnya yang netizen marah sangat pada saya sampai sanggup maki saya, hantar mesej yang bukan-bukan di DM, Twitter semua maki. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada. Saya terima dengan tenang walaupun kusut juga memikirkannya.

Dah minta pihak produksi potong bahagian yang sensitif

Walau bagaimanapun, Fauzi Nawawi mengatakan program berkenaan dibuat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan sebaik sahaja rancangan temu bual itu selesai, dia telah meminta pihak produksi untuk memotong bahagian yang sensitif tersebut supaya tidak ditayangkan dan program itu sebenarnya sudah ditayangkan sebanyak dua kali.

Sebab kami sembang antara lelaki. Memang salah saya bila sembang tak kawal cakap. Terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah. Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang pernah saya pegang. Kalau diceritakan watak 13,14 tahun dulu, watak macam itulah.

Pemilik nama Mohd Fauzi Mohd Nawawi mengakui bersalah dan dia sedang mencuba untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Fauzi Nawawi turut mengatakan yang dia tidak ada niat langsung untuk memalukan pelakon berkenaan.

Tapi apa-apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya sendiri untuk menjadi lebih baik. Kepada yang amat-amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada Raja Farah, saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Memang saya tiada niat langsung nak memalukan pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan.

Di akhir video berkenaan, Fauzi Nawawi turut berlapang dada serta memaafkan netizen yang telah mengeluarkan kata-kata cacian terhadap dirinya, ibu, keluarga dan anak-anaknya.

‘Maafkan atas keikhlafan dan kejahilan saya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Sumber : theonlyfauzinawawi

SKIP THIS AD ×