berita

‘Memang Satu Kejutan’ – Bapa Bangga Anak Peroleh 4A Dalam PT3 Walaupun Sering Dapat Kedudukan Corot

December 20th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Pelbagai kisah kejayaan dikongsikan selepas keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan. Ada yang cemerlang dan tak kurang juga yang kurang bernasib baik. Namun janganlah kita terus memarahi anak kita hanya kerana keputusan peperiksaan.

Seperti dikongsi bapa ini apabila keputusan anaknya cukup cemerlang walaupun bukanlah straight A. Apa yang penting adalah usaha anak itu daripada berada di kedudukan tercorot dalam kelas, akhirnya berjaya membuktikan mampu raih 4A.

Tak pernah dapat A

Yang ayah kena tulis. Mira tak dapat pun 8A. Tapi keputusan dia mmg buat satu famili terkejut. Dengan takda A langsung masa percubaan. Dengan setiap exam dia yang kami boleh agak no kedudukan dia. Dengan dia lambat berjalan dan lambat bercakap dulu. Dia memang satu kejutan!

Buku pun jangan harap dia baca kat rumah, memang harap 100% jasa baik cikgu sek petang je…Terima kasih banyak cikgu-cikgu semua. Dalam kepala kami memang D..E..D..E. 4A..1B…3C…bagi kami dah Alhamdulilah dan sangat cemerlang. Seminggu sebelum sek cuti dulu.

Mira nangis bila cikgu suruh pergi sekolah pendidikan khas

Mira menangis masa balik sekolah kebangsaan bila sorang cikgu suruh dia gi sekolah pendidikan khas. Aku nak gi jumpa and tanya cikgu tu tapi mira seboleh-bolehnya tak bagi aku jumpa cikgu tu. Aku cuma nak tau je keputusan exam anak cikgu tu. Tak pe mira, its okay ayah and mak tau Mira banyak lagi keistimewaan lain. Berani cakap english Pandai jaga hati mak ayah.

Pandai mengaji. Kelakar…(nie paling best). Sentiasa nak peluk mak n ayah wpun kat tempat public. Tu yg paling best. So, aku nak mintak maaf dulu kat sek keb kalau exam UPSR Mira mungkin merosakkan peratus prestasi sekolah tapi kena ingat gak.

Terimalah dengan hati terbuka keputusan anak

Banyak je terjadi pelajar harapan sekolah pun gagal dapat Straight A masa exam. So itu pun merosakkan peratus sekolah gak. Tak payah nak pandang rendah sangat kat beberapa pelajar.

Terima kelebihan dan kekurangan setiap pelajar dengan hati terbuka dan kepala hotak kita akan selapang lapangnya. Banyak sejarah yang tak berapa pandai nie lah yang jaga mak n ayah bila tua nanti.

Sumber : Jalaludin Abd Aziz

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×