berita

‘Memang Saya Bengang’ – Syafiq Farhain

September 25th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum, penyanyi Suci Dalam Debu, Saleem telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat kemalangan, tempoh hari. Dia ketika itu menunggang motorsikal dan dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika keluar untuk membeli barang rumah. Impak kemalangan itu menyebabkan tulang rusuk Saleem tertusuk ke bahagian paru-paru.

Walaubagaimanapun, anak kepada Saleem, Syafiq Farhain terkilan dengan berita palsu terhadap kematian ayahnya itu. Siapa yang tidak sedih mendengar berita palsu mengenai kematian lebih-lebih lagi melibatkan ahli keluarga kita.

Tolong!

Nak kejar likers?

Menurut laporan mStar, Syafiq Farhain meluahkan rasa terkilan dan sedih selepas mendengar beberapa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai kematian ayahnya itu.

Memang saya bengang dengan khabar palsu sebegini, asalkan terlantar di hospital sahaja pasti timbul khabar kematian dan sebagainya. Apa yang dikejar mereka sebenarnya? Nak kejar likers? Tak dapat apa pun malah membuat orang bertambah marah.

Kali pertama saya pergi melawat, ayah saya ditidurkan namun dia tetap kuat melawan kesakitan. Lawatan kali kedua pula matanya sudah boleh dibuka namun tidak boleh bercakap kerana ada tiub dimulutnya, namun keadanya kini stabil dengan bantuan mesin.

Penyanyi lagenda itu masih lagi menerima rawatan rapi (ICU) di Hospital Kajang. Semoga penyanyi Saleem kembali sihat seperti sedia kala dan dapat berdiri menghiburkan peminat-peminat kembali.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×