berita

‘Memang Saya Kekasih Shahz Jaszle’ – Hanis Husna Jawab Dakwaan Perampas

April 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hanis Husna

Nama pelakon Shahrizal Jaszle sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila dia didakwa telah putus tunang dengan Redzwani Puteri dan kini sudah pun mempunyai kekasih baru.

Ekoran memuat naik foto bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Hanis Husna, jejaka ini telah menerima pelbagai respon daripada peminat yang marah akan tindakannya itu.

Artikel Berkaitan: Sumber : Didakwa Baru Putus Tunang Dengan Redzwani, Shahrizal Jaszle Kini Sudah Ada Pengganti?

Malah, kekasih barunya juga turut terkena tempias yang sama apabila dia dilabel sebagai perampas tunang orang.

Hanis Husna

Mungkin kerana tertekan dan kecewa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Hanis tampil untuk memberitahu perkara sebenar.

Menurut laporan Harian Metro, Hanis menjelaskan bahawa dia memang kekasih Shahz Jazle, tetapi bukan perampas seperti yang didakwa.

Memang saya kekasih Shahz tetapi selepas dia tiada apa-apa hubungan dengan tunangnya. Malah, benda ini sudah lama berlaku, cuma orang tak tahu.

Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya.

Malah, Hanis akui dia turut tertekan dengan apa yang berlaku hingga dia dikecam hebat oleh masyarakat dan menganggap tohmahan yang dilemparkan tidak adil dan mengecewakan.

Sebelum ini, Redzwani Puteri pernah memberitahu hubungannya dengan Shahz Jaszle masih baik walaupun tunangnya itu masih menghadapi perbicaraan di mahkamah ekoran isu berkhalwat.

Namun, melalui sumber terdekat keluarga Redzwani, Shahz Jaszle dikatakan telah meluahkan hasrat untuk memutuskan pertunangan secara lisan.

Apapun, kami harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan semoga tuan badan sendiri dapat tampil untuk memberikan penjelasan bagi mengelakkan masyarakat salah faham.

 

SKIP THIS AD ×