Pelakon dan penyanyi, Dr. Soo Wincci terkilan dengan tindakan tiga pempengaruh yang melakukan konten memberi tulang ayam kepada seorang gelandangan, beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: Dr Soo Wincci Kongsi Resepi Detox Mampu Turun 3-4 KG Seminggu. Mudahnya!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Soo Wincci Mengaku Momen Iqram Dinzly Melamar Hanya Gimik – ‘Dah 10 Tahun, Akhirnya Terjawab’

Soo Wincci berang

Bukan itu sahaja, Soo Wincci turut mengecam serta menggelarkan ketiga-tiga individu tersebut sebagai seorang yang tidak mempunyai otak.

Bila saya tengok tindakan tiga pempengaruh itu, pada saya mereka melampau dan terfikir kenapa mereka sanggup buat perkara sebegini?

Saya rasa tindakan mereka itu memang tak ada otak.

Saya tahu mereka berlakon dan sudah meminta izin tetapi mereka dah buat banyak kali sebenarnya tapi kali ini baru kena.

Sebelum ini, dah banyak kali mereka buat dan mungkin mereka tak jangka kaum Cina tak akan kecam tetapi sekarang kenalah.

Soo Wincci berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada sesi sidang media drama ‘Kerana Seorang Lelaki’ yang diadakan di GSC Mytown, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jangan bagi muka

Dalam pada itu, bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia ini berharap kesemua mereka dikenakan tindakan tegas dan dijadikan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat.

Ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysa (SKMM) sedang mencari mereka dan ada akta yang membolehkan mereka disaman sebanyak RM500,000.

Saya harap orang yang melakukan apa sahaja demi konten dan populariti digam, jangan tunjuk belas kasihan dan jangan bagi muka.

Dan saya juga berharap sesiapa sahaja tidak ulangi perkara ini kerana ia akan menjadi ikutan generasi muda.

Terdahulu, tindakan tiga pempengaruh yang memberikan sebungkus nasi berlaukkan tulang ayam daripada bekas sisa makanan mereka kepada seorang pengemis telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Mereka kemudiannya tampil membuat permohonan maaf sebelum diminta untuk memberikan keterangan kepada SKMM pada Selasa.