berita

Peniaga Blogshop Kini Boleh Terima Bayaran Melalui Maybank2u Pay

May 15th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Maybank2u

Baru-baru ini bertempat di pusat membeli belah e@Curve Mutiara Damansara telah berlangsungnya acara pembukaan gerai online dan flea market yang disertai oleh 14 pemilik kedai online yang rata-ratanya menawarkan pelbagai pakaian serta aksesori menarik khusus untuk kaum wanita.

Acara yang berlangsung dengan meriah ini turut dihadiri oleh pelakon dan model terkenal, Sazzy Falak.

Secara umumnya acara ini diadakan untuk memperkenalkan perkhidmatan terbaru daripada Maybank yang dipanggil sebagai Maybank2u Pay.

Perkhidmatan ini menawarkan gerbang transaksi bayaran yang cukup pantas dan selamat terutama bagi anda yang gemar membeli belah menerusi online di blog shops atau flea market.

Maybank2u Pay merupakan salah satu inisiatif pihak Maybank untuk memudahkan urus niaga atas talian terutamanya antara pemilik kedai online dan pelanggan.

Maybank2u

Antara gerai online yang turut mengambil bahagian.

Melalui perkhidmatan ini, pemilik kedai online mampu mengesan butiran bayaran pelanggan dengan mudah dan sistematik. Segala butiran transaksi jualan seperti tarikh, masa, nama pembeli, alamat email serta jumlah bayaran akan direkodkan dengan tepat dan secara tidak langsung ia turut memudahkan urusan jual beli antara kedua-dua belah pihak.

Bagi pemilik kedai online yang berminat untuk memohon perkhidmatan ini, anda boleh dapatkannya secara percuma menerusi akaun Maybank2u.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang dan anda layak memenangi wang tunai serta berpeluang untuk mempromosikan kedai online anda di laman web rasmi Maybank2u.

Tempoh promosi sah sehingga 31 Mei 2013. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.maybank2u.com.my

SKIP THIS AD ×