berita

Mempunyai 2 Helikopter & Aset Berjuta Ringgit, SPRM Akhirnya Sita ‘Lubuk Emas’ Dipercayai Milik ‘Datuk’

April 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ing Boon Seng

Semalam, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjumpai wang tunai anggaran kira-kira RM3.5 juta dipercayai disimpan oleh ketua sindiket bergelar Datuk.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pihak SPRM turut menyita kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta berserta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai, dan pejabat bernilai RM29 juta dalam serbuan tersebut.

644 akaun individu & syarikat dibekukan

Foto: Ing Boon Seng

Jelas sumber, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan menerusi siasatan kes kartel projek.

Kartel projek yang diketuai oleh seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun ini telah membolot projek-projek kerajaan menerusi tender dan sebutharga bernilai lebih RM3.8 billion. Difahamkan, sindiket ini sudah beroperasi sejak tahun 2014 hingga 2021.

Kemewahan yang ditunjukkan oleh Datuk yang juga ketua sindiket ini amat luar biasa. Selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, beliau juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua helikopter.

Jelasnya lagi, kesemua syarikat berkenaan akan digunakan secara bergilir-gilir bagi memasuki tender dan sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.

Buka lebih 150 syarikat

Foto: Ing Boon Seng

Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000. Syarikat-syarikat ini adalah milik beliau. Dipercayai 114 orang telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 syarikat.

Difahamkan, maklumat tender atau sebut harga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan ‘disampaikan’ oleh individu dalam kementerian atau agensi.

Hasil siasatan SPRM mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek.

Sumber: Harian Metro & Ing Boon Seng

SKIP THIS AD ×