berita

Mempunyai Alat Kelamin Tersembunyi, Gadis Terkejut Dapat Tahu Dirinya Lelaki Selepas 20 Tahun Hidup

May 23rd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang gadis di Riyadh, Arab Saudi terkejut apabila dia mendapat tahu bahawa sebenarnya dirinya adalah seorang lelaki. Perkara berkenaan diketahui olehnya 20 tahun selepas dia dilahirkan.

Terkejut dapat tahu dirinya lelaki

Menerusi Al Ekhbariya TV, perkara berkenaan berpunca daripada ‘kesilapan perubatan’ dan individu terbabit yang dikenali sebagai Randa tidak tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam abdomennya.

Difahamkan, ketika dilahirkan di sebuah hospital, doktor mengesan dia mempunyai ketidaknormalan pada bahagian alat sulitnya. Namun, pihak hospital menyangka bahawa jantinanya adalah perempuan.

Walau bagaimanapun, apabila usianya meningkat, dia mula berasa pelik apabila tidak mempunyai ciri-ciri remaja perempuan yang sudah akil baligh seperti rakan-rakannya yang lain.

Susulan daripada itu, Randa membuat keputusan pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh. Alangkah terkejutnya apabila mendapat tahu bahawa dia mempunyai alat sulit tersembunyi.

Pada mulanya, saya rasa macam pelik seperti mereka menipu kepada saya. Tidak logik untuk saya kerana saya seakan bermula dari kosong. Nama baru dan identiti baru.

Doktor cadang buang alat kelamin lelaki

Ujarnya lagi doktor telah mencadangkan supaya dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan alat kelamin lelaki daripada badannya.

Doktor cadang saya ke United Kingdom untuk pembedahan itu. Tapi pihak berkuasa berkaitan telah menolak dokumen perjalanan saya.

Dalam pada itu, keluarga Randa telah mengemukakan aduan kepada Kementerian Kesihatan, namun sehingga kini masih tiada lagi sebarang maklum balas. Malah, bapanya turut menghubungi pihak hospital di mana dia itu dilahirkan tetapi masih tiada jawapan juga.

Sumber : Gulf News

SKIP THIS AD ×