Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap penyertaan penyanyi, Aina Abdul yang bakal menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Artikel Berkaitan: ‘Bluest Sky’ Karya Agung Aina Abdul, Habiskan 10 Jam Dalam Studio – ‘Lagu Ini Besar… Saya Curah Rasa Marah, Sedih & Cinta’

Artikel berkaitan: Aina Abdul Kongsi Persiapan Ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Pertaruh Lagu ‘Full English’

Kata-kata semangat

Menerusi hantaran di Instagram, Anwar memberikan kata-kata semangat buat Aina, 33, selain menyifatkan penyertaan tersebut sebagai bukti kemampuan anak tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Selamat maju jaya buat Aina yang akan membawa nama Malaysia di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Penyertaan Aina membuktikan bakat dan karya anak Malaysia mampu melangkah jauh serta bersaing di pentas antarabangsa. Pastinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian ini.

Anwar turut berharap penyanyi itu dapat memberikan persembahan terbaik selain menegaskan penyertaannya sudah cukup membanggakan negara tanpa mengira keputusan pertandingan.

Saya mendoakan agar Aina dapat memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat. Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua. Terbang tinggi, Aina!

Ucapan tersebut kemudian mendapat respon Aina dengan meluahkan rasa teruja dan berterima kasih atas sokongan diberikan Perdana Menteri.

Mimpi apakah ini, terima kasih PMX.

Bagi pertandingan berkenaan, Aina bakal mempertaruhkan karya terbaharunya berjudul Bluest Sky yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Selain Malaysia, pertandingan yang berlangsung di Bangkok pada 14 November ini turut menghimpunkan wakil dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Undi OBPVO

Dalam perkembangan lain, kelab peminat Aina yang dikenali sebagai Ainations tercalon sebagai Top 15 kategori Kelab Peminat Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online 2.0.

OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!

Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

Sumber: Instagram