berita

Menangi Hadiah ‘Finding Nemo 3D’ Bernilai RM1,800!

November 6th, 2012 | by Ai
Shout Out!

Masih lagi ingat filem animasi ‘Finding Nemo’? Mengenai kisah seekor ikan yang tinggal di kawasan batu karang yang cantik bersama kumpulan keluarganya? Atau anda masih ingat bagaimana seekor ikan bernama Marlin terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk menyelamatkan anaknya, Nemo yang telah ditangkap dan dibawa ke darat?

Filem animasi arahan Andrew Stanton ini mula ditayangkan pada umum pada tahun 2003 dan pernah merangkul anugerah seperti “2003 Academy Award® for Best Animated Feature”. Tak cukup disitu, filem ini juga turut memenangi “Golden Globe® Award for Best Motion Picture–Comedy or Musical”.

Selain itu, ketika filem ini dilancarkan, ia telah menjadi filem ‘G-Rated’ yang mengutip kutipan tertinggi dalam kategorinya dan pada tahun 2008, The American Film Institute telah meletakkan filem animasi ‘Finding Nemo’ sebagai 10 filem animasi terbaik pernah dibuat di dalam dunia. Ouh ya, jangan lupa bahawa Ellen Degeneres yang memegang watak ikan bernama ‘Dory’ telah memenangi ‘MTV Movie Award for Best Comedic Performance”.

Namun begitu, selepas hampir 10 tahun, ‘Finding Nemo’ kembali semula dalam bentuk 3D. Masih mengekalkan filem yang sama, ianya hanya diubah menjadi sebuah filem 3D dan akan membawa para penonton generasi baru dan lama memasuki sebuah dunia didalam laut. Mungkin kedengaran agak berlebihan, tapi krew produksi ‘Finding Nemo 3D’ sendiri mengaku bahawa filem versi baru ini memberikan lebih kepuasan dan mampu membuatkan penonton rasa dekat dengan watak Nemo.

Jom Sertai Peraduan Finding Nemo 3D

Anda semua pasti tak sabar mahu menonton filem ‘Finding Nemo’ versi 3D ini kan? OHBULAN! secara berbesar hati ingin memberikan hadiah kepada anda yang berjaya melengkapkan ayat dibawah. Mudah saja, melalui watak-watak seperti Marlin, Dory, Nemo, Gill dan banyak lagi watak lain, berikan sebab kenapa anda suka salah satu darinya.

“Watak kesukaan saya ialah___________________kerana_________________(tak lebih dari 20 patah perkataan).”

Antara hadiah yang bakal anda miliki ialah 1 X Squirt Plush berharga RM80 satu, 5 X Pouch masing berharga RM180, dan 5 X Charm Keychains berharga RM150 setiap satu.

‘Finding Nemo 3D’ bakal menemui anda di pawagam pada 8 November 2012.

SKIP THIS AD ×