berita

Menangi Hadiah Bernilai RM30,000 Dengan Sertai Pertandingan Dari Petron!

November 23rd, 2022 | by Alia Natasha
Kini Trending

Tidak dinafikan lagi yang rakyat Malaysia ni memang suka makan. Lagi-lagi musim viral ni kan?

Hari-hari ada je kedai baru yang jual menu-menu menarik yang buatkan kita rasa nak pergi je makan walaupun jauh di negeri lain.

Korang suka yang mana? Masak secara tradisional ataupun masak cara moden? 

Kebanyakkan makanan tradisional sekarang sudah diubah menjadi moden seiring dengan generasi sekarang. 

Tapi min lagi prefer masakan secara tradisional sebab rasa yang unik dan cara penyediaan yang agak susah tu yang memberikan rasa yang lebih ‘umph’ dalam makanan. Korang pula macam mana?

Ha! Berita baik untuk korang yang suka dan pandai memasak. Sempena ulang tahun ke-10 Petron, mereka telah mengadakan satu peraduan memasak tau! Yang lagi best, korang juga berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai!

Korang Suka Memasak? Jom Sertai Pertandingan Dari Petron!

Dengan kerjasama bersama Lotus’s dan Adabi, Petron telah mengadakan Petron Selera Tradisi Bersama Gasul ‘Masak, Kongsi Dan Menang’.

Lebih menarik, korang berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM30,000!

Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi:

Pemenang Hadiah Utama bernilai RM10,000

  • Resipi akan dipaparkan dalam buku kecil Gasul eksklusif
  • Alat memasak dan perkakas dapur bernilai RM5,000
  • Baucar Lotus bernilai RM2,000
  • Wang tunai bernilai RM2,000
  • Hamper bernilai RM1,000
  • Satu unit Gasul 14kg

Hadiah Kedua bernilai RM5,000

  • Resipi akan dipaparkan dalam buku kecil Gasul eksklusif
  • Alat memasak dan perkakas dapur bernilai RM2,500
  • Baucar Lotus bernilai RM1,000
  • Wang tunai bernilai RM1,000
  • Hamper bernilai RM500
  • Satu unit Gasul 14kg

Hadiah Ketiga bernilai RM3,000

  • Resipi akan dipaparkan dalam buku kecil Gasul eksklusif
  • Alat memasak dan perkakas dapur bernilai RM1,000
  • Baucar Lotus bernilai RM500
  • Wang tunai bernilai RM1,000
  • Hamper bernilai RM500
  • Satu unit Gasul 14kg

Tujuh Hadiah Saguhati bernilai RM1,000

  • Baucar Lotus bernilai RM200
  • Wang tunai bernilai RM500
  • Hamper bernilai RM300

Hadiah Peserta 40 Teratas

  • Baucar Lotus bernilai RM100

Macam mana nak sertai? Ikuti langkah-langkah ni:

Langkah 1: ‘Like’ dan ikuti laman Facebook Petron Malaysia.

Langkah 2: Siarkan gambar atau video masakan warisan Malaysia versi korang bersama-sama resipi penuh di bahagian komen siaran yang disematkan atau pin di Facebook. 

Langkah 3: Sertakan hashtag #SeleraTradisiBersamaGasul dan tag @petron_Malaysia dalam penyertaan korang.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Tapi korang kena ingat, saiz gambar korang tak boleh lebih dari 30MB, manakala saiz video tidak boleh melebihi 4GB dan panjang video hanyalah 1 minit.

Mudah kan? Ha! Tunggu apa lagi. Jom tunjukkan skills memasak korang dan menangi hadiah menarik!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook Petron Malaysia.

SKIP THIS AD ×