berita

Menangi Hadiah Sehingga RM4 Juta Ringgit Sempena Ulang Tahun ke-15 Coway!

April 7th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Jika pada permulaannya Coway terkenal kerana penulen air keluaran mereka, kini siapa sangka mereka memiliki lebih daripada puluhan produk dan perkhidmatan untuk korang cuba.

Telah pun berada dalam pasaran hampir dua dekad, Coway ingin beri hadiah istimewa bernilai sehingga RM4 juta ringgit buat semua pelanggan mereka sempena ulang tahunnya yang ke 15 pada tahun ini. Yeay!

Rebut hadiah sehingga RM4 Juta!

Memiliki perkakasan rumah  yang berteknologi dan dalam masa yang sama mampu menjaga dan memelihara kesihatan tubuh merupakan impian setiap ketua keluarga dan suri rumah.

Jadi, inilah kesempatan korang untuk beli peralatan rumah keluaran Coway  sebab mereka tawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi iaitu 15 set peralatan rumah bernilai RM 40,000  termasuklah;

1 x pengering rambut Dyson , sebuah TV Samsung 55” UHD, 1 x Sony 3D Blu-Ray HTS, 1 x Vakum Premium Dyson , 1 x Bundle Ogawa Omknee 2.0 + Eye Touch Plus, 1 x  Periuk nasi premium Tefal , 1 x Peti ais dua pintu Electrolux, 1 x Samsung Convection Microwave Oven 35L and 1 x mesin basuh inverter 8kg Electrolux.

Selain itu, Coway juga akan berikan hadiah saguhati 15,000 baucar servis penjagaan tilam keluaran syarikat mereka bernilai RM 240 setiap satu. Best kan?

Jom beli & menang!

Nak jadi salah seorang pemenang? Caranya mudah sahaja!

Apa yang korang perlu buat cuma beli peralatan rumah keluaran Coway dan kesemua peralatan Coway adalah terlibat secara langsung dalam peraduan ini. Berikut adalah senarai peralatan serta jumlah penyertaan yang bakal korang terima dengan setiap pembelian.

  • KECIL (penulen air) / BATERI BIDET = 3 Penyertaan
  • OMBAK (penulen air) / LUCY (penulen air) / INCEPTION (penulen air) / PRIME Series Mattress = 2 Penyertaan
  • Peralatan rumah lain = 1 Penyertaan

KECIL & OMBAK Penulen air impian semua!

Bagi korang yang tertanya-tanya nak beli apa untuk join peraduan Coway ni, apa kata korang grab je penulen air KECIL ni. Walaupun memiliki saiz yang kompak, tapi kemampuannya untuk menulenkan air bukan biasa-biasa tau.

Nampak je comel tapi ianya mampu membekalkan air sejuk dan panas buat seisi keluarga korang tanpa masalah. Lagi pula, rekaannya yang elegan akan buat dapur korang kelihatan lebih moden.

Salah satu pilihan penulen air yang ditawarkan oleh Coway adalah OMBAK. Direka khas untuk keperluan rakyat Malaysia, ciri istimewa OMBAK adalah ia mempunyai tangki air panas yang paling besar dalam senarai penulen air atas meja.

Harga belian KECIL: RM 3590 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun.

Harga sewa bulanan KECIL: RM115 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun.

Harga belian OMBAK: RM 4300 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun.

Harga sewa bulanan OMBAK: RM 140 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun.

BATERI BIDET elak pembiakan bakteria & bau kurang menyenangkan!

Tandas adalah antara ruang terpenting dalam rumah, sebab itulah kita kena pastikan tandas kita sentiasa bersih, wangi dan dalam masa yang sama tak basah merata. Hal ini kerana, lantai yang basah bukan sahaja licin dan berbahaya tapi bakteria pun senang nak membiak.

BATERI BIDET telah direka khas bagi memastikan air tidak memercik merata-rata lantai. Bidet yang pintar ini mempunyai ciri pengguna mesra BATERI BIDET yang mudah digunakan oleh warga emas, kanak-kanak atau orang kurang upaya.

Dengan hanya pengendalian tenaga bateri, BATERI BIDET memiliki 2 kawalan tekanan air dan 4 penetapan arah aliran air yang berbeza serta fungsi pembersih muncung yang automatik sebelum dan selepas penggunaan.

Harga belian: RM 1390 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun.

Harga sewa bulanan: RM 49 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun.

Tidur Lebih lena dengan PRIME Series Mattress Coway!

Korang yang mana ada masalah bila bangun tidur suka sakit-sakit badan, sakit belakang, ada masalah tulang belakang tak lurus dan kerap sakit di bahagian leher, korang wajib grab Mattress Coway yang tersedia dalam 3 saiz iaitu King, Queen dan juga Super Single.

Mattress keluaran Coway ni telah direka khusus bagi membantu menyokong setiap jenis tubuh badan kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti yang termasuk spring poket lima zon, lateks semula jadi 100%, busa memori, serat kelapa dan busa. Jadi, bila tidur korang akan rasa lebih selesa dan lembut. Takde dah masalah sakit-sakit badan dan sebagainya.

Harga belian Mattress:

Super Single: RM 5380 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun.

Queen: RM 5780 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun.

King: RM 6380 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun.

 

Harga Sewaan Mattress:

Super Single: RM 129 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun.

Queen: RM 139 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun.

King: RM 159 + Percuma perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun.

Hebat kan semua peralatan rumah keluaran Coway? Jadi, apa lagi yang korang semua tunggu? Jom upgrade rumah dengan peralatan rumah keluaran mereka sekarang juga untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik sehingga RM4 juta.

Nak tahu lebih lanjut mengenai peraduan ini. Korang boleh klik SINI.

** Peraduan sah sehingga 24 May 2021

SKIP THIS AD ×