berita

Menangi Penginapan 3H2M Di Hotel Sheraton PJ & Gajet Menarik Bila Berbelanja Di Parkson!

October 1st, 2019 | by Bieha
Shout Out!

Guys, ada berita baik untuk korang ni. Parkson akan menyambut ulang tahunnya yang 32 pada tahun ini dan untuk itu, Parkson bermurah hati nak beri korang ganjaran hebat seperti hadiah menarik, promosi dan barangan percuma. Yeay!

Hadiah-hadiah dari Parkson ni bukan besye besye tau! Memang boleh lompat bintanglah kalau korang dapat! Nak tahu apa hadiahnya?

Hadiah utama, 3H2M untuk seisi keluarga di Hotel Sheraton, Petaling Jaya!

Bestnyaaa! Siapa taknak bercuti kat hotel mewah bertaraf 4 bintang kan. Siap boleh bawak satu keluarga pergi bercuti lagi! Pakej ini juga dilengkapi dengan Bilik Deluxe, dan termasuk sarapan untuk dua orang serta bufet makan malam untuk empat orang.

DJI Osmo Pocket

Untuk korang yang sukakan fotografi, mesti senyum sampai ke telinga kalau dapat kamera poket DJI Osmo ni! Walaupun bersaiz compact, kamera pintar ni mampu menghasilkan gambar berkualiti tinggi setanding dengan kamera DSLR tau!

Nintendo Switch Lite

Kredit: https://www.thumbsticks.com

Siapa kaki game angkat tangan! Best kot kalau dapat Nintendo Switch Lite ni. Kalau tengah bosan-bosan dalam tren ke, tengah tunggu kawan ke, boleh lah layan game seround dua!

Pembersih hampagas robot, Philips SmartPro Active

Kredit: narmpa.info

Philips SmartPro Active Robot Vacuum Cleaner ni memang favourite admin betullah. Yelah, ia boleh membersih secara menyeluruh dengan 2 kali lebih cepat dan juga dilengkapi dengan ciri mop kering. Wow!

Ada banyak lagi hadiah menarik yang korang boleh menangi seperti…

  • Vinnifier Neo Boom Ultra Bluetooth Speaker
  • DJI Tello Boost Combo (Drone)
  • Samsung Soundbar
  • Fitbit Versa
  • Marbella TX1 1080p Full HD Dashcam

Korang juga berpeluang untuk bawa pulang beg kertas dan paket Deepavali eksklusif apabila berbelanja sebanyak RM180 di Parkson.

*Tertakluk terma dan syarat

Nak tahu macam mana nak menang semua hadiah hebat ni?

Haa..apa yang korang kena buat adalah berbelanja sebanyak RM300 dengan Parkson Kad korang bermula 1 Oktober hingga 15 November 2019 dan korang layak untuk dapat satu penyertaan. Lagi banyak korang berbelanja, lagi tinggi peluang korang untuk menang!

Bukan ahli Parkson? Jangan risau..korang boleh layari laman web Parkson ataupun pergi ke mana-mana Parkson terdekat untuk mendaftar secara PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Korang kena selalu update tau, sebab Parkson ni selalu buat promosi-promosi yang menarik. Kalau taknak ketinggalan, korang boleh selalu update dengan mengimbas code di bawah ini! Good luck, guys!