berita

Menangis Kena Tahan Roadblock, Polis Akhirnya Benarkan Wanita Ini Balik Kampung Sebab Hilang Kerja

May 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kerajaan Indonesia telah mengadakan sekatan jalan raya di beberapa buah daerah bagi membendung penularan wabak Covid-19. Oleh hal yang demikian, individu yang ingin merentas daerah harus mengemukakan surat ‘bebas Covid-19’ terlebih dahulu kepada pihak berkuasa sebelum dibenarkan melepasi sekatan jalan raya.

Berikutan daripada itu, viral sebuah video seorang wanita yang menangis saat ditahan oleh pihak berkuasa kerana tidak dibenarkan merentas daerah.

Tidak memiliki dokumen

Menerusi rakaman yang disiarkan oleh CNN Indonesia, wanita tersebut telah ditahan pihak berkuasa di Jayanti, Tangerang, Banten, pada hari Selasa yang lalu. Menurut sumber tersebut juga, wanita berkenaan tidak memiliki dokumen kebenaran pergerakan bagi meneruskan perjalanannya ke Lampung. Oleh itu, pihak berkuasa telah mengarahkan wanita tersebut untuk berpatah balik, namun dia mengalirkan air mata.

Hilang pekerjaan

Wanita tersebut turut memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan lagi di Jakarta selepas terkesan dengan pandemik Covid-19. Malah, dia turut merayu untuk pulang semula ke kampung halaman. Atas perikemanusiaan, polis itu akhirnya membenarkan wanita itu meneruskan perjalanannya pulang ke kampung halaman.

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×