
Pempengaruh dan usahawan kosmetik, Bella Park, berkongsi pengalaman emosional apabila pertama kali melihat luka pembedahan caesarean (czer) serta keadaan perutnya selepas melahirkan anak keduanya.
Artikel Berkaitan: Keadaan Bayi IUGR, Bella Park Terpaksa Jalani Czer Segera – ‘Minta Doakan Baby Sihat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dosa Dengan Manusia Bawa Sampai Mati’ – Suami Bella Park Seru Individu Komen Negatif Tampil Mohon Maaf
Perut ada ‘pouch’

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan pengalaman penuh emosi selepas bersalin apabila dia menangis teruk ketika pertama kali melihat keadaan perutnya selepas kelahiran anak.
Lepas saya tertidur disebabkan penat bersalin, saya masuklah tandas nak mandi.
Saya buka baju, terpandang perut sendiri, dan terdiam, ‘Kenapa macam perut lembu?
Saya usik-usik perut, lembik.
Saya tengok rupanya seperti menggerutu, ada sikit-sikit jadi hitam dan stretch marks.
Saya mula panik, anak dah keluar tapi kenapa perut saya masih macam ini?
Nak tengok bahagian bawah pun kena selak dulu.
Saya terus menangis teresak-esak.
Hantaran tersebut turut menarik perhatian Bellayang berkongsi bahawa apabila suaminya ingin melihat keadaan tersebut, namun dia tidak membenarkannya kerana terlalu terkesan dengan perubahan pada tubuhnya.
Saya pun menangis, pertama kali tengok luka czer dan perut selepas bersalin.
Suami nak tengok, saya tak bagi.
Saya menangis teruk juga.
Tambah Bella, dia turut berasa sangat pelik dengan keadaan perutnya yang kelihatan berbeza berbanding pengalaman kelahiran normal sebelum ini, sehingga mengganggu emosinya.
Rasa pelik sangat-sangat.
Dulu bersalin normal, lain rasanya.
Kali ini rasa pelik sedikit sebab perut ada pouch.
Mental.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)
