

Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki mencetuskan kontroversi apabila didakwa menghamilkan ibu mentuanya sendiri sehingga melahirkan anak.
Menantu hamilkan mak mentua

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan CNN Indonesia, kejadian tersebut berlaku di Abbanuange, Lilirilau, Soppeng, Indonesia pada 2024 yang lalu namun isu itu tidak didedahkan kepada umum.
Menurut Ketua Desa Abbanuange, Buhari, lelaki yang dikenali sebagai BR telah menceraikan isterinya yang berusi 21 tahun dan kini telah berkahwin dengan mentuanya, 36.
Keputusan itu dilakukan selepas perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga. Difahamkan, wanita itu merupakan seorang balu selepas kematian suami.
Sementara itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sulawesi Selatan menegaskan pernikahan tersebut adalah haram dalam Islam.
Menurut Setiausaha Umum MUI Sulsel, Muammar Bakry, mentua dan menantu termasuk dalam kategori mahram muabbad, iaitu haram dinikahi selama-lamanya walaupun telah bercerai.
Susulan daripada itu, pasangn tersebut dinasihatkan agar berpisah kerana bertentangan dengan syariat Islam.
Sumber: CNN Indonesia






