berita

Pendakwaan Ditarik, Bekas Menantu Chef Wan Bebas Tuduhan Khalwat

November 14th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Bekas suami Serina Redzuawan, Gavin Edward O’Luanaigh terlepas dari tuduhan khalwat dengan seorang wanita apabila Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari membebaskan lelaki itu dari tuduhan berkenaan.

Gavin didakwa melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita di sebuah rumah di Petaling Jaya, pada 10 Februari lalu.

Pendakwaan tarik balik tuduhan

Hakim Syarie Siti Aminah Kamil membuat keputusan itu terhadap O’Luanaigh atau Salahudin Ghaffar selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan. Mengikut pertuduhan, O’Luanaigh dan Kiranjit Sidhu didakwa atas pertuduhan percubaan khalwat.

Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Petaling Jaya, pada 10 Februari lalu. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Dakwa beragama Islam dan cuba mengamalkan

Dalam pada itu, peguam syarie Raihan Mustafa Kamal yang mewakili Gavin dan Kiran ketika memaklumkan keputusan itu berkata, pihak pendakwaan menarik balik kes terhadap kedua-dua anak guamnya.

Berdasarkan kenyataan diperolehi daripada Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir, bekas menantu Chef Wan itu mendakwa dia adalah seorang beragama Islam dan sentiasa cuba mengamalkan agama Islam.

Malah, dia mendakwa memujuk wanita berkenaa untuk memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengannya. Gavin memeluk agama Islam pada 20 November 2006, manakala Kiran memeluk Islam pada 20 November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×