berita

Menara TS Law Disinari Lampu LED 360 Darjah Sempena Hari Kebangsaan

September 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64, Menara TS Law disinari lampu diod pemancar cahaya (LED) 360 darjah mengeliling struktur bangunan tersebut. Wow cantiknya!

Meningkatkan semangat rakyat

Menurut Pengarah Urusan TS Law Group, Law Wai Cheong memberitahu bahawa lampu yang dipancarkan tersebut membawa mesej kemerdekaan kepada rakyat Malaysia. Di samping itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan semangat rakyat di negara tatkala dunia dilanda pandemik Covid-19. Tambah beliau, pancaran cahaya lampu itu juga adalah sebagai sokongan kepada barisan petugas hadapan, kerajaan dan institusi diraja.

TS Law Group, sebuah kumpulan pelbagai merangkumi sektor pembuatan sehingga pembangunan hartanah baru-baru ini membelanjakan RM11 juta bagi memasang LED 360 darjah dihiasi di struktur bangunan yang menjadi ibu pejabat baharu syarikat (Menara TS Law). Sebelum ini, mesej merdeka selama tiga minit dipancarkan dari bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dalam tempoh mencabar ini, kita berasakan mesej berunsurkan positif dan patriotisme amatlah dialu-alukan.

Syarikat TS Law Group menjemput seluruh rakyat Malaysia khususnya yang menetap di ibu kota untuk berkunjung ke tapak ikonik di TRX tersebut. Jelas Law Wai Cheong, lampu di menara tersebut akan terus dinyalakan sehingga hujung bulan depan sebagai tanda memperingati Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September ini.

SKIP THIS AD ×