berita

Mengadu Sakit Dada, Muntah & Peluh Sejuk, Ibu Hattan Meninggal Dunia

December 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu kepada penyanyi terkenal,Datuk Hattan iaitu Hindun Sani disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, hari ini. Berita tersebut dikongsi oleh Datuk Hattan sendiri di akaun Facebook miliknya.

Arwah mengadu sakit dada

Menerusi laporan Harian Metro, isteri Dato Hattan iaitu Datin Arianie Abidin memberitahu arwah pada awalnya mengadu sakit dada sebelum dikejarkan ke hospital, semalam.

Malam tadi balik dari pengebumian menantunya di Seremban, mak balik ke rumah kakak Hattan di Kajang. Di sana dia mengadu sakit dada, muntah dan peluh sejuk. Apabila Hattan buat panggilan video dan tengok keadaan mak begitu dia terus suruh hantar ke hospital. Pagi tadi pihak hospital maklumkan tekanan darah mak rendah dan kuman sudah merebak. Kemudian, dapat panggilan dari hospital jam 3.30 petang tadi, mak sudah hembuskan nafas terakhir. Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Tambah Arianie, pihak hospital turut menjalankan ujian Covid-19 ke atas jenazah termasuk ahli keluarga. Hasil ujian tersebut, kesemua mereka disahkan negatif termasuk arwah. Berkongsi mengenai keadaan Hattan, Arianie memohon doa daripada semua agar suaminya kuat dan tabah. Semalam, Hattan turut kehilangan abang iparnya iaitu Ariffin.

Sumber: Hattan & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×