berita

Mengadu Sakit Dada & Tak Sihat, Lelaki Maut Ketika Main Badminton

November 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Jerantut, Pahang, seorang lelaki tidak sempat menghabiskan perlawanan badminton yang disertainya apabila disahkan meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Jerantut Badminton Centre, semalam.

Mengadu sakit dada dan tidak sihat

Foto: Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kosmo, kejadiaan tersebut dipercayai berlaku pada pukul 3 petang. Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Fadzil Mokhtar mengadu sakit pada bahagian dada dan tidak sihat ketika sedang bermain badminton bagi perlawanan peringkat suku akhir satu kejohanan badminton.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang mengenai kejadian tersebut.

Berdasarkan maklumat, mangsa tidak sempat menghabiskan perlawanan peringkat suku akhir dalam perlawanan badminton di dewan tersebut. Difahamkan mangsa mengadu sakit dada serta tidak sihat lalu duduk berehat di tepi gelanggang sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

Serangan jantung

Foto: Sekadar gambar hiasan

Tambah Azman, mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan menjalani ujian saringan Covid-19. Hasil ujian saringan Covid-19, mangsa didapati negatif Covid-19. Manakala, keputusan bedah siasat pula mendapati punca kematian mangsa disebabkan serangan jantung.

Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan khianat atau jenayah.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×