berita

Mengadu Sakit Punggung Sampai Tak Boleh Duduk, Budak 12 Tahun Tergamak Liwat Anak Saudara

December 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Kelantan, seorang kanak-kanak lelaki telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki meliwat anak saudaranya. Lebih mengejutkan apabila kejadian itu hanya disedari selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian punggungnya.

Budak 12 tahun meliwat

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, suspek yang baru sahaja berusia 12 tahun itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya berusia empat tahun.

Difahamkan, suspek merupakan adik kepada bapa mangsa yang juga merangkap sebagai bapa saudara mangsa. Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, suspek dikatakan telah tinggal bersama keluarga mangsa selepas kematian ibunya sejak setahun yang lalu.

Suspek sudah diambil keterangan

Namun perbuatan terkutuk itu akhirnya terbongkar selepas mangsa mengadu kepada pengasuhnya bahawa dia mengalami sakit pada bahagian punggung sehingga menyebabkan dia tidak boleh duduk. Oleh hal demikian, pengasuh yang bimbang akan perkara itu telah memaklumkan kepada ibu mangsa.

Mangsa kemudian telah dibawa oleh ibunya yang bekerja sebagai peniaga ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu unyuk pemeriksaan lanjut.

Susulan daripada itu, ibu mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan suspek telah pun dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, pihak polis memaklumkan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×