berita

Mengadu Sesak Nafas, Badan Rasa Lemah, Wanita & Anak Dalam Kandungan Maut Akibat Covid-19

July 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sememangnya kehilangan orang tersayang amat perit. Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk ditanggung, namun kita sebagai manusia yang masih hidup di dunia ini perlu meneruskan kehidupan. Begitulah juga seperti kisah seorang lelaki ini yang telah kehilangan isterinya sedang hamil tujuh bulan akibat jangkitan COVID-19.

Isteri mengadu sesak nafas dan sakit kepala

Sekadar gambar hiasan

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Fadli Abd Wahab memberitahu bahawa isterinya, Umaisarah Azmi yang sedang hamil itu telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.25 tengah hari semalam setelah mengadu sesak nafas serta sakit kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Lebih menyedihkan lagi apabila anak dalam kandungan isterinya juga gagal untuk diselamatkan. Fadli turut mengatakan bahawa isterinya mengadu sesak nafas serta sakit kepala ketika mereka berada di rumah.

Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka. Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.

Doktor sahkan isterinya meninggal dunia

Foto kredit : Kosmo

Namun, tidak lama selepas itu doktor telah mengesahkan bahawa isterinya telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. Dia tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk melahirnya anak mereka itu membawa petanda dia akan pergi menghadap Ilahi.

Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan.

Walau bagaimanapun, dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan jenazah Allahyarhamah isterinya telah selamat dikebumikan pada pukul 4.00 petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam, Sungai Petani, Kedah.

Dalam pada itu, dia bersama ibu mentua serta dua orang anaknya telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan diarahkan untuk kuarantin di rumah sehingga 26 Julai ini.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×