berita

Mengaku Family & Minta Buka Pintu Kereta, Penduduk Ampang Hati-Hati Dengan Lelaki Ini

February 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Berhati-hati walau dimana anda berada. Jenayah tak kira tempat, keselamatan diri perlu diutamakan dan sentiasa peka terhadap orang sekeliling.

Menerusi Facebook Ez Azhar menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga asing cuba membuka pintu keretanya walaupun pintu kereta itu telah dikunci rapi. Lelaki itu memaksa mangsa untuk membuka pintu keretanya dan mengaku dirinya salah seorang ahli keluarga mangsa.

Nasib baik pintu kunci


Klip video ini menunjukkan suami kepada mangsa cuba menghalau lelaki tersebut.

Laporan polis telah dibuat

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11 pagi semasa mangsa berada dalam kereta di kawasan tempat letak kereta rumahnya. Tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali hendak membuka pintu keretanya. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Netizen bengang dengan kelakuan suspek

Sumber: Ez Azhar

SKIP THIS AD ×