berita

Mengaku Pernah Nikah Sebanyak 24 Kali & Didakwa Kena ‘Blacklist’ Dengan Pejabat Agama, Pelakon Tampil Buka Mulut

January 27th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: News Deliver

Sebelum ini, nama pelakon dan pengacara terkenal dari Indonesia iaitu Vicky Prasetyo telah menjadi buah mulut netizen selepas dia membuat pengakuan bahawa dirinya pernah berkahwin sebanyak 24 kali.

Isu pernah nikah 24 kali

Foto: Vicky Prasetyo dan bekas isteri, Kalina Oktarani (Liputan6)

Susulan daripada kenyataan tersebut, Vicky telah mendapat kecaman hebat daripada netizen. Rata-rata daripada netizen menganggap bahawa pelakon berusia 38 tahun ini seakan mempermainkan hal agama malah mereka juga meminta agar pejabat agama mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Vicky.

Meskipun kenyataan tersebut dikeluarkan Vicky 2 tahun lalu tetapi ianya masih menjadi persoalan dalam kalangan netizen adakah benar pelakon itu pernah bernikah sebanyak 24 kali atau itu hanyalah sekadar gurauan. Menurut sumber, isu ini kembali hangat diperkatakan selepas menerima berita bahawa Vicky sudah bercerai dengan isteri yang baru dikahwininya setahun.

Wanita itu dikatakan cemburu kerana bekas suaminya, Vicky dikelilingi ramai wanita ketika sedang bekerja. Bukan itu sahaja, ada juga khabar angin mendakwa bahawa pejabat agama telah menyenarai hitamkan nama Vicky untuk mendaftarkan perkahwinan baharu.

‘Itu hanya gurauan’

Foto: Vicky Prasetyo

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Vicky tampil menjawab segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Menerusi satu temu bual di YouTube Warta Hot, Vicky menjelaskan bahawa pengakuannya yang mengatakan dirinya pernah bernikah sebanyak 24 kali itu adalah tidak benar sama sekali.

Dakwanya lagi, itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata. Bercerita kembali bagaimana kenyataan itu boleh keluar dari mulutnya, Vicky mendakwa isu itu mula timbul apabila rakan pengacara, Raffie Ahmad bertanyakan kepadanya berapa kali dia sudah bernikah. Secara bergurau Vicky kemudian menjawab dia sudah bernikah tiga kali secara rasmi dan yang tidak rasmi sebanyak 21 kali.

Itu hanya gurauan yang sudah tidak boleh diperbetulkan. Saya masih muslim.

‘Saya hanya nikah 4 kali’

Foto:Vicky Prasetyo dan bekas isteri, Kalina Oktarani (JPNN)

Malah, Vicky juga mengakui turut menerima beberapa panggilan rakan yang bekerja di pejabat agama yang bertanyakan hal sama. Tanpa mengulas lebih lanjut, Vicky hanya meminta rakannya itu menyemak senarai daftar nikah dan mengesahkan sendiri. Dalam kesempatan itu, Vicky sekali lagi menegaskan bahawa yang sebenarnya dia telah bernikah sebanyak empat kali sahaja.

Sekarang orang sudah percaya kepada cerita nikah 24 kali. Itulah risikonya terlepas cakap. Saya biarkan sahaja. Apa lagi boleh buat? Betul saya telah bernikah empat kali, yang selebih itu tidak benar, tetapi orang tetap percaya.

Vicky mengakui itulah risiko dan keburukan yang terpaksa ditanggung akibat terlanjur dalam berkata-kata.

Sumber: Liputan6, Tribunnews

SKIP THIS AD ×