Kejam! Tergamak seorang ayah telah bertindak merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun sebanyak 105 kali. Suspek yang merupakan seorang penganggur itu telah dijatuhkan hukuman penjaran selama 1,050 tahun bagi setiap 105 pertuduhan ke atas dirinya.
105 pertuduhan
Memetik laporan FMT, suspek berusia 33 tahun itu mengaku bersalah jurubahasa Mahkamah Sesyen Klang membacakan 105 pertuduhan tersebut. Dia didakwa melakukan jenayah sumbang mahram dengan bertindak merogol anak tirinya sejak 2018 hingga tahun lalu di sebuah kediaman di flat Sungai Way, Petaling Jaya.
Menurut laporan, lelaki itu dipenjara 10 tahun untuk setiap 105 pertuduhan menjadikan keseluruhan selama 1,050 tahun berdasarkan hukuman yang dijalankan secara berasingan.
Bukan itu sahaja, suspek turut dikenakan hukuman dua sebatan bagi setiap pertuduhan itu, yang semuanya berjumlah 210 sebatan. Bagaimanapun, hanya 24 sebatan boleh dikenakan seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah.
Rogol di rumah
Hakim M. Kunasundary menyifatkan kesalahan tersebut adalah serius dan keji kerana berpotensi menjejaskan masa depan mangsa. Suspek telah berkahwin dengan ibu mangsa sejak November 2016 dan tinggal bersama dua orang anak termasuk mangsa di pangsapuri itu.
Saya harap kamu insaf dalam penjara. Kamu tidak sapatutnya melakukan sesuatu yang ganas, walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima, namun mahkamah merasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu.
Malah, suspek didakwa telah merogol mangsa sebanyak 105 kali sejak 5 Jan 2018 hingga 24 Feb 2020 di kediaman itu.
Sumber: FMT