berita

Mengalami Lebihan Cecair Dalam Kepala, Bayi Sembilan Bulan Ini Kian Derita

April 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dilahirkan pra matang ketika kandungan berusia tujuh bulan, seorang bayi perempuan yang dikenali sebagai Nur Fikriyah Elias, sembilan bulan, terpaksa menanggung derita apabila disahkan menghidap penyakit hydrocephalus iaitu cecair dalam kepala.

Menerusi laporan Harian Metro, anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan menghidap penyakit tersebut ketika usianya dua bulan selepas didapati penglihatan kedua-dua matanya tidak jelas.

Menjalani dua pembedahan

Menurut ibu bayi tersebut, Nik Ishazalwani Ismail, anaknya disahkan menghidap lebihan air di dalam kepala ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ 11), Kota Bharu.

Ujian Allah SWT untuk kami sekeluarga semakin berat apabila Nur Fikriyah disahkan menghidap lebihan air di dalam kepala ketika masih menerima rawatan di NICU selepas doktor melihat saiz kepalanya pada waktu itu semakin membesar.

Disebabkan penyakit itu, anak saya sudah menjalani dua pembedahan membuang lebihan air di kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Pembedahan pertama dilakukan Oktober tahun lalu iaitu dengan menebuk bahagian kanan dan kiri kepala serta Januari tahun ini pembedahan bagi memasukkan wayar dalam kepala untuk membuang lebihan cecair. Alhamdulillah, selepas pembedahan kali kedua, lebihan cecair dalam kepala anak semakin berkurangan.

Perlu berjumpa doktor pakar

Bagi memastikan kesihatan bayi tersebut sihat dan sama seperti bayi lain, dia perlu dibawa berjumpa doktor pakar kanak-kanak, pakar telinga dan mata di hospital tersebut setiap sebulan atau tiga kali sebulan.

Setiap bulan saya perlu membelanjakan kira-kira RM500 untuk membeli susu dan lampin pakai buang bagi keperluan Nur Fikriyah. Dengan pendapatan suami (Elias Zakaria, 41) sebanyak RM1,000 sebulan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menyebabkan saya perlu berjimat cermat.

Menampung perbelanjaan dua lagi anak

Selain perbelanjaan bayi tersebut, Nik dan suaminya perlu menampung dua orang lagi anak mereka yang masih bersekolah. Setakat ini saudara mara yang terdekat sahaja yang membantu mereka bagi meringankan beban.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×