berita

‘Mengalami Otak Mati’ – Disahkan Influenza A, Akhirnya Adik Nur Dinnie Pergi Jua..

January 14th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial seorang murid tahun satu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Johor Bahru dijangkiti influenza. Murid berkenaan yang dikenali sebagai Nur Dinie Damia Muhammad Nor Ain didakwa kritikal dan sedang dirawat di ICU sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia malam semalam pada jam 10 malam. Berita itu membuatkan ramai bersedih atas pemergian tak terjangka itu.

Menerusi Berita Harian bapa Nur Dinie Damia berkongsi berita sedih itu dan memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.

Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun.

Sebelum itu, kanak-kanak terbabit mengalami jangkitan pada bahagian hati dan disahkan mengalami otak mati selepas menjalani imbasan pada tengah hari semalam.

Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.

Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.

Mengalami muntah darah

Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan, terdapat juga komplikasi lain selain Influenza yang menyebabkan kanak-kanak terbabit perlu dirawat di ICU dan diletakkan di bawah pengawasan pakar.

Berdasarkan laporan doktor pakar, kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja.

Sementara itu, Aminolhuda memberi jaminan keadaan wabak Influenza di Johor dalam keadaan terkawal dan boleh diuruskan. Tambahan bekalan perubatan terutama antivirus Influenza di negeri itu masih mencukupi.

Sumber : Berita Harian, Sinar Harian, Media Johor