Sekadar gambar hiasan
Berang tidak diberikan wang untuk belanja kahwin, seorang remaja berusia 17 tahun nekad membakar rumah ibu bapanya. Kejadian berkenaan berlaku di Tebo, wilayah Jambi, Indonesia.
Artikel berkaitan : Angkara Kahwin 2, Wanita Mengamuk Gigit Bibir Suami Hingga Hampir Putus & Bakar Rumah
Artikel berkaitan : Cemburu Asyik Tersenyum Ketika Bermain Telefon, Lelaki Cuba Bakar Isteri
Mengamuk tak dapat duit
Menurut Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung, suspek yang dikenali dengan inisial RA ditahan selepas didakwa membakar rumah ibu bapanya gara-gara marah tidak diberi wang untuk berkahwin.
Kini lelaki berkenaan berada dalam tahanan polis untuk siasatan selanjutnya.
Ya benar, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya.
Ketika kejadian, si ibu tidak berada di rumah dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Difahamkan, rumah milik pengadu di Jalam Kelompok Tani, Kabupaten Tebo hangus akibat dibakar oleh anaknya sendiri pada Sabtu lalu.
Sumber : Pikiran Rakyat