berita

‘Mengapa Negaraku Dinyanyikan Dalam Arab Tak Jadi Isu, Tetapi Bila Dinyanyikan Dalam Mandarin, Jadi Isu’ – Guan Eng

December 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, tular sepotong video yang memperlihatkan lagu kebangsaan, Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin oleh murid-murid di sebuah sekolah sehingga mendapat pertikaian dalam kalangan netizen. Susulan daripada kejadian itu, polis berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dan memaklumkan bahawa kertas siasatan juga akan dibuka.

Memberi respon tentang perkara itu, terbaru menerusi laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta agar tiada siasatan dijalankan berhubung laporan mengenai kejadian tersebut.

Mereka tak salah

Menurut Guan Eng, murid-murid sekolah tersebut hanya mengikut teks yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada 2014 dan diedarkan kepada semua sekolah pada 2015.

Sebaliknya katanya, mereka hanya perlu diberi peringatan bahawa Negaraku mesti dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan tidak memerlukan siasatan.

Mengapa lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Arab tidak menjadi isu, tetapi bila dinyanyikan dalam Mandarin, jadi isu sehingga ada yang membuat laporan polis. Saya harap polis tidak menjalankan siasatan ke atas anak-anak kita, biar kan mereka. Mereka tak ada salah.

Mereka hanya mengikut teks yang disediakan oleh sekolah dan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada 2014 dan diedarkan kepada semua sekolah pada 2015. Sebab itu, saya rasa, mereka ini hanya diberi peringatan bahawa Negaraku kena nyanyi dalam bahasa Melayu, tak perlu siasatan.

Pendirian Lim

Berkata dengan lebih lanjut, Guan Eng bagaimanapun kekal berpendirian bahawa lagu kebangsaan, Negaraku perlu dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan bukannya dalam bahasa lain.

Terdahulu menerusi video berdurasi 1.23 itu, kelihatan sekumpulan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam kelas dalam bahasa Mandarin.

Difahamkan video terbabit diambil di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan pada 2018 namun mula tular baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian, Bernama, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×